Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sikap manusia tunjang keharmonian alam sekitar – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Sikap manusia tunjang keharmonian alam sekitar – Raja Muda Perlis

Sikap manusia tunjang keharmonian alam sekitar – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sunday, 14 November 2021 19:38

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua bahawa sikap manusia adalah tunjang dalam memastikan keharmonian alam sekitar dapat dikekalkan demi kelangsungan hidup di masa hadapan.

Sesungguhnya, kita adalah khalifah yang akan memimpin perubahan ke arah kelestarian alam sekitar. Kita mampu memainkan peranan sebagai individu untuk memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara dalam usaha membina masa depan yang lebih baik.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perlis Tahun 2021’ anjuran Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) Negeri Perlis di Bukit Ayer Resort Sungai Batu Pahat pada semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri, Ts. Mohamad Fitri Said.

Menurut baginda, selain sisa sampah daripada makanan atau isi rumah, sisa peralatan elektrik dan elektronik perlu diurus dan dilupuskan dengan sempurna kerana kesan ke atas pelupusan sisa ini akan lebih mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar.

Tambah Tuanku Raja Muda, melalui Kempen “Plastic Buster” yang juga dilancarkan di peringkat Kebangsaan, JAS turut sama memainkan peranan bersama-sama agensi berwajib yang lain dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Ia bukan sahaja menyebabkan lambakan sampah sarap di tapak pelupusan dengan cepat, bahkan berkemungkinan menyebabkan sisa air larut lesap atau ‘leachate’ menjadi punca pencemaran yang akan menjejaskan sumber air bawah tanah dan juga sungai kita.

‘Sewajarnya apabila aktiviti-aktiviti rekreasi, sukan dan sebagainya dibenarkan kembali seperti sekarang, kita lebih menghargai dan menikmati keindahan alam ini dengan memastikan kawalan kendiri ke atas sisa-sisa atau bahan buangan untuk dibawa keluar dari kawasan tersebut’, tegas Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Turut diadakan ialah ‘Program Kesedaran Alam Sekitar’, ‘Kisah kejayaan sekolah lestari’ dan penyampaian ‘Modul Kelab Alam Sekitar’ oleh Pengarah JAS Negeri kepada wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri selain penyampaian hadiah bagi ‘Pertandingan Bercerita’ dan ‘Virtual Fun Fishing’.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE