Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jadikan Harumanis Sebagai Hamper Hari Raya Aidilfitri

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Jadikan Harumanis Sebagai Hamper Hari Raya Aidilfitri

Jadikan Harumanis Sebagai Hamper Hari Raya Aidilfitri

/ Berita Terkini MAIPs / Saturday, 04 May 2019 09:20

KANGAR, 4 Mei 2019 (Sabtu) - Syarikat-syarikat korporat di negara ini disaran menjadikan buah mempelam harumanis sebagai hamper untuk dikirimkan kepada pelanggan serta rakan-rakan strategik mereka sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan pada masa-masa akan datang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hal demikian kerana, musim kemuncak harumanis tahun ini serta dua tahun ke depan adalah dijadual pada Mei dan Jun.

Selain itu, titah baginda, terdapat juga pelbagai produk-produk hiliran lain yang menarik dihasilkan berasaskan harumanis boleh digunakan sebagai cenderahati iringan.

“Bagi yang berminat bolehlah membuat tempahan secara langsung melalui pelbagai jaringan pengusaha harumanis sedia ada di negeri ini dan kotak-kotak ini boleh menggunakan kotak dengan identiti syarikat masing-masing,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas melancarkan Festival Jualan Mangga Harumanis Perlis 2019 di Pusat Kecemerlangan Harumais Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat di sini hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Hafizuddin Othman dengan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Dalam pada itu, baginda turut mengesyorkan syarikat atau individu yang membekalkan hamper-hamper raya khususnya di ibu negara supaya mengunjungi Perlis untuk berbincang dan mendapatkan pembekal tempatan yang diyakini boleh menyediakan kualiti buah terbaik dengan harga yang dipersetujui bersama.

Dalam masa sama titah baginda, pengusaha-pengusaha harumanis di negeri ini juga disarankan menghantar wakil untuk ke syarikat-syarikat pembekal hamper raya utama di Kulim, Pulau Pinang dan Ibu negara untuk menawarkan produk masing-masing.

“Anda tidak akan kecewa kerana keenakannya sebaliknya terkilan atau tidak berpuas hati hanyalah kerana mungkin buah yang ditempah itu terlalu sedikit dan tidak mencukupi,” titah baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE