Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Tinjau Bazar Ramadan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis Tinjau Bazar Ramadan

Raja Muda Perlis Tinjau Bazar Ramadan

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 13 May 2019 12:20

ARAU, 13 Mei 2019 (Isnin) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meninjau kawasan perniagaan Bazar Ramadhan Arau yang terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Arau petang kelmarin.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Wan Ahmad Fazli Wan Kamis serta ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. 

Terdapat 204 buah lot jualan disediakan oleh pihak MPK di bazar berkenaan pada bulan puasa tahun ini.

Terdahulu, baginda turut berkenan singgah di booth Jabatan Kesihatan Negeri di pintu masuk utama bazar berkenaan dan dipersembahkan taklimat mengenai kempen ‘Ayuh Gempur Aedes’ dengan berslogankan ‘Ambil tindakan segera, Ingat! Jika anda tidak peduli, Maut menanti!

Kempen tersebut menggalakkan orang ramai memeriksa sendiri pada setiap minggu tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan luar rumah dengan memeriksa, mencari dan memusnahkan tempat nyamuk aedes boleh membiak.

Racun serangga (aerosol) boleh digunakan untuk membunuh nyamuk aedes dewasa di dalam rumah pada waktu awal pagi dan senja.

Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan dan hospital berdekatan apabila demam dan maklumkan jika anda datang dari kawasan yang ada kes wabak demam denggi.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE