Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis rai enam penceramah antarabangsa

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama enam penceramah antarabangsa dalam majlis santapan tengah hari di Galeri Diraja Arau, hari ini. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama enam penceramah antarabangsa dalam majlis santapan tengah hari di Galeri Diraja Arau, hari ini.

Raja Muda Perlis rai enam penceramah antarabangsa

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 26 January 2024 23:46

Arau: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meraikan enam penceramah terkenal antarabangsa yang hadir ke Perlis bagi menjayakan program Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2024 dalam majlis santapan tengah hari di Galeri Diraja Arau, di sini.

 

Berangkat sama ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 
 

Ilmuwan Islam yang terlibat adalah Sheikh Assim Al-Hakeem, Dr. Muhammad Salah, Sheikh Wasim Kempson, Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, Sheikh Hussain Yee dan Dr. Zakir Naik.

 

PISC 2024 akan berlangsung pada 27 dan 28 Januari 2024 bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang di Dewan 2020, Kangar adalah seminar antarabangsa yang julung kali diadakan bertemakan “Light of Tawheed”.

 

Ia mensasarkan penyertaan masyarakat tempatan dan luar negeri yang akan bertandang ke negeri itu bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang sedang berlangsung

 

Program tersebut adalah inisiatif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam perkembangan ilmu yang dilaksanakan melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Pusat Dakwah MAIPs, Perlis Centre of Wisdom dengan kerjasama beberapa lagi rakan strategiknya.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE