Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs bantu 1,030 anak asnaf ikuti program TVET

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
MAIPs bantu 1,030 anak asnaf ikuti program TVET

MAIPs bantu 1,030 anak asnaf ikuti program TVET

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 29 January 2024 09:08

KANGAR, 28 Januari- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menerusi anak syarikatnya, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd (ATAM) telah menaja seramai 1,030 orang anak asnaf sejak 2019 sehingga kini.

 

Penajaan tersebut membolehkan golongan berkenaan mengikuti Latihan Kemahiran dan Kerjaya di 24 buah pusat latihan kemahiran seluruh negara khususnya dalam bidang berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

 

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, MAIPs memperuntukkan sebanyak RM5 juta setahun bagi tujuan tersebut.

 

"Semua pelajar di bawah seliaan ATAM iaitu di mana Akademi MAIPs ditubuhkan bertujuan menyediakan program latihan kemahiran dan peluang penempatan pekerjaan kepada peserta.

 

"Alhamdulilah, program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Perlis dan di luar negeri.

 

"Terdapat sebahagian daripada industri yang dijemput MAIPs menyediakan latihan turut mengambil anak-anak tersebut untuk diserap ke dalam pasaran kerja", katanya yang ditemui media pada Majlis Taklimat Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya kepada 20 orang pelatih dikalangan asnaf di Dewan Kuliah MAIPs, Behor Temak di sini.

 

Tambah Mohd Nazim, setiap pelajar bakal mengikuti latihan kemahiran dan kerjaya di pusat latihan ditetapkan bagi tempoh antara empat hingga enam bulan sebelum ditempatkan dalam industri berkaitan.


Antara pusat latihan TVET berkenaan ialah TWI south East Asia Malaysia, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Walta Centre of Excellence dan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman (KISMEC).

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE