Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs salur Bantuan Persekolahan kepada 12,744 pelajar

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
MAIPs salur Bantuan Persekolahan kepada 12,744 pelajar

MAIPs salur Bantuan Persekolahan kepada 12,744 pelajar

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 05 February 2024 09:06

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan Bantuan Persekolahan MAIPs kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPNPs) sebanyak RM8,920,800 untuk dimanfaatkan oleh 12,744 pelajar di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual semasa berangkat ke Program Hijrah Minda anjuran MAIPs di Masjid Al-Falah, Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.

 

 

Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif MAIPs yang telah mendapat kerjasama JPN Perlis yang bertujuan untuk membantu anak-anak asnaf di seluruh negeri Perlis.

 

Setiap sekolah di bawah JPNPs akan melantik guru-guru ‘Murabbi’ khusus yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan para pelajar yang kurang bernasib baik ini.

 

Para penerima akan dicadangkan oleh guru yang bertanggungjawab.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dalam ucapanya menyatakan ucapan terima kasih terutamanya kepada pihak JPNPs yang banyak membantu pihak MAIPs bagi mengenal pasti anak-anak asnaf ini sekaligus membantu MAIPs untuk melaksanakan agihan kepada mereka yang berkeperluan.

 

Bantuan RM700 setiap seorang ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuklah RM300 untuk pakaian sekolah dan alat tulis, RM100 sebagai wang saku kepada ibu bapa pelajar dan selebihnya diuruskan oleh pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti peningkatan akademik dan juga sahsiah pelajar.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan pelajar semasa berangkat ke Program Hijrah Minda anjuran MAIPs di Masjid Al-Falah, Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.

 

 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan MAIPs tersebut Program Hijrah Minda anjuran MAIPs di Masjid Al-Falah, Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.

 

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Exco Agama dan Pendidikan, Muhammad Azmir Azizan, Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Hamidi Md Saad dan Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis, Khairini Subari.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE