Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MEDIUM MEDIA SOSIAL BOLEH DIMANFAATKAN ERAT PERPADUAN KAUM

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda Tengku Syed Sirajuddin Areen Putra berkenan melawat reruai kaligrafi Cina sempena Karnival Tahun Baharu Cina Pekan Lama Arau 2024 malam tadi. Karnival itu merupakan aktiviti tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda Tengku Syed Sirajuddin Areen Putra berkenan melawat reruai kaligrafi Cina sempena Karnival Tahun Baharu Cina Pekan Lama Arau 2024 malam tadi. Karnival itu merupakan aktiviti tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis.

MEDIUM MEDIA SOSIAL BOLEH DIMANFAATKAN ERAT PERPADUAN KAUM

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 05 February 2024 09:15

ARAU, 3 Feb (Bernama) -- Perkembangan teknologi melalui medium media sosial boleh dimanfaatkan untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara ini, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof.

 

Beliau berkata platform itu mampu mengekalkan ikatan silaturahim walaupun berada saling berjauhan apabila masih dapat berinteraksi antara satu sama lain sekali gus berpotensi mengukuhkan lagi hubungan pelbagai kaum di negara ini.

 

"Kementerian Perpaduan sentiasa menggalakkan masyarakat berusaha untuk memupuk perpaduan antara berbilang kaum di Malaysia supaya kita aman dan bersatu padu...jadi kita perlukan teknologi untuk mengeratkan perpaduan," katanya ketika ditemui pemberita di Karnival Tahun Baharu Cina Pekan Lama Arau 2024 di sini malam tadi.

 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Karnival Tahun Baharu Cina yang bermula semalam sehingga esok itu. 

 

Turut berangkat ke karnival itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

Sementara itu, Azman berkata penganjuran program kebudayaan seperti karnival itu boleh menerapkan nilai keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan pelbagai kaum apabila rakyat mendapat pendedahan terhadap budaya sesuatu kaum di negara ini melalui program sedemikian.

 

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE