Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Umat Islam perlu bersedia memberi khidmat masa hadapan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Umat Islam perlu bersedia memberi khidmat masa hadapan

Umat Islam perlu bersedia memberi khidmat masa hadapan

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 09 February 2024 12:53
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis sumbangan bantuan MAIPs di Masjid Al-Ghofur, Padang Lati, baru-baru ini.

 

 

ISLAM berkemajuan bermaksud menyediakan umat Islam untuk memberikan khidmat masa hadapan atau ‘future generation services’.

Ini kerana Islam mewajibkan umatnya berfikir dan berbuat baik dan tidak hanya mementingkan diri dan persekitarannya sendiri, tetapi juga perlu memikirkan masa hadapan.

 

Setiap umat mempunyai peranan penting untuk meluncurkan khidmat masa hadapan agar manusia bebas dari kebobrokan kehidupan, dapat menjana ekonomi dunia yang stabil serta merencanakan kehidupan sejagat agar bebas dari boros, berlebihan dan kerosakan berterusan.

 

Dalam era serba moden dengan kecanggihan teknologi ini juga semua pihak yang berkemampuan wajar merencana dakwah kemasyarakatan terutamanya dalam menyebar risalah Islam berkemajuan yang selaras dengan al-Quran dan As-Sunnah.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan memberikan sumbangan bantuan MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-Ghofur, Padang Lati, baru-baru ini.

 

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan bantuan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Ghofur, Padang Lati, baru-baru ini.

 

Baginda diiring oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Majlis sumbangan yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis itu bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan usaha meringankan beban dan menampung keperluan harian mereka.

 

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan salah seorang asnaf pada majlis sumbangan bantuan MAIPs di Masjid Al-Ghofur, Padang Lati, baru-baru ini.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan wang tunai RM700 dari pihak MAIPs kepada 70 orang asnaf terpilih dari Kariah Santan dan 70 Kariah lagi kepada anak kariah dari Baroh.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE