Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - JAWATANKUASA KHAS DISARAN DIWUJUDKAN SELARAS OPERASI EMPAT KOMPLEKS PERNIAGAAN DI PADANG BESAR

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
JAWATANKUASA KHAS DISARAN DIWUJUDKAN SELARAS OPERASI EMPAT KOMPLEKS PERNIAGAAN DI PADANG BESAR

JAWATANKUASA KHAS DISARAN DIWUJUDKAN SELARAS OPERASI EMPAT KOMPLEKS PERNIAGAAN DI PADANG BESAR

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 09 February 2024 12:54

KANGAR, 7 Feb (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyarankan sebuah jawatankuasa khas diwujudkan untuk menyelaras operasi empat kompleks perniagaan termasuk dua kompleks perniagaan baharu di Padang Besar.

 

Baginda bertitah dua kompleks perniagaan baharu yang dijangkakan dibuka dalam tahun ini serta dua lagi kompleks perniagaan sedia ada iaitu Arked Niaga dan Padang Waremart tidak wajar beroperasi secara “silo” atau sendirian tanpa penyelarasan bersama.

 

“Penyelarasan bersama ini akan dapat memberikan tahap keselesaan yang baik kepada para pengunjung, dan pada masa yang sama memperoleh keuntungan serta keberkesanan yang maksimum kepada para peniaga,” titah baginda menerusi kenyataan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

 

Menurut kenyataan itu Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Felda Rimba Mas, Padang Besar baru-baru ini. Turut berangkat sama anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.Menurut kenyataan itu Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Felda Rimba Mas, Padang Besar baru-baru ini. Turut berangkat sama anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

Raja Muda Perlis bertitah empat kompleks itu serta beberapa deretan rumah kedai sedia ada di situ akan lagi bermanfaat sekiranya aliran trafik pengunjung serta lokasi kemudahan asas seperti parkir, tandas, surau dan ruang mainan kanak-kanak dapat dilaksanakan penyusunan termasuk landskap secara lebih menyeluruh dan teratur.Raja Muda Perlis bertitah empat kompleks itu serta beberapa deretan rumah kedai sedia ada di situ akan lagi bermanfaat sekiranya aliran trafik pengunjung serta lokasi kemudahan asas seperti parkir, tandas, surau dan ruang mainan kanak-kanak dapat dilaksanakan penyusunan termasuk landskap secara lebih menyeluruh dan teratur.

 

“Begitu juga disusun atur kembali akan lokasi strategik untuk membuang dan mengutip sampah, gedung penyimpanan yang khusus serta tempat-tempat naik dan turun kenderaan awam.

 

Khidmat dan perkhidmatan bas pengantara dari pintu sempadan dan juga dari Stesen Keretapi Padang Besar perlu diaturkan mengelilingi kesemua kawasan ini untuk memudahkan pergerakan khususnya pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan,” titah baginda.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menzahirkan harapan agar peniaga di Padang Besar itu secara keseluruhannya dapat memperbaharui papan tanda, nama dan bidai di premis masing-masing yang kelihatan lama atau lusuh supaya memudahkan pelanggan membaca dengan lebih jelas dan kelihatan menarik.

 

 

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE