MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
RAJA Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis 2024 di Dewan 2020 di Kangar.
Baginda diiringi oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan tiba Duli-Duli Tuanku disambut oleh Menteri Besar , Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar serta barisan Exco Kerajaan Negeri.
Majlis ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis bertujuan untuk menyantuni dan beramah mesra bersama seluruh rakyat negeri ini sempena bulan Syawal.
Seluruh agensi kerajaan mahupun Persekutuan turut terlibat sama dengan masing-masing menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman di 40 buah gerai.
Majlis yang merupakan acara tahunan itu diserikan lagi dengan pelbagai persembahan nyanyian serta pertandingan gerai tercantik.
Dianggarkan lebih daripada 30,000 orang rakyat negeri Perlis menghadiri Majlis Aidilfitri mulai pukul 11 pagi dan berakhir 4.30 petang.
Sumber: Suara Merdeka