Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tunggakan bil air di Perlis cecah RM34.84 juta

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada istiadat perasmian penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada istiadat perasmian penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN

Tunggakan bil air di Perlis cecah RM34.84 juta

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 23 April 2024 16:37

KANGAR: Tunggakan bil air di negeri ini mencecah sehingga RM34.84 juta.

 

Justeru, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menasihati semua pengguna bekalan air di negeri ini untuk bersikap amanah dengan membayar tunggakan bil air tersebut.

 

“Dengan kerjasama yang menyeluruh daripada semua pihak, Insyal-Allah pengurusan bekalan air di negeri ini dapat dipertingkatkan,” titah baginda.

 

Titah ucapan baginda itu dibacakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN di sini hari ini.

 

Seterusnya baginda bertitah, perkhidmatan bekalan air terawat di Perlis masih belum mencapai tahap optimum dan kualiti yang memuaskan.

 

Titah baginda, isu kadar Air tidak Berhasil (NRW) juga masih tinggi, iaitu pada kadar 62.5 peratus.

“Dalam hubungan ini, beta mengambil maklum bahawa kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi geran kepada semua negeri yang mempunyai kadar Air Tidak Berhasil (NRW) melebihi 50 peratus.

 

“Diharapkan agar kerjasama ini dapat membantu kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik kepada rakyat,” titah baginda.

 

 

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE