Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ceramah Perdana Sempena Fiesta Sehati@RTM#Jom La Wei 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Ceramah Perdana Sempena Fiesta Sehati@RTM#Jom La Wei 2018

/ Archive MAIPs / Sunday, 25 February 2018 11:28


KANGAR, 25 Feb. 2018 (Ahad) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat bercemar duli menghadiri Ceramah Perdana bertajuk ‘Ukhuwah Itu Indah’ yang diadakan di Dewan 2020 di sini malam tadi.

Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran dan diselaraskan melalui pejabatnya di negeri ini bersempena Fiesta Sehati@RTM #Jom La Wei 2018.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pengarah Program TV di Jabatan Penyiaran, Norliza Mohd. Ali yang mewakili Ketua Pengarah Penyiaran dan Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perlis, Bibah Saad.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.


Ceramah menarik itu disampaikan oleh penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias dan dimoderatorkan oleh Hashim Othman Al-Hafiz.

Program yang dihadiri oleh lebih 2,000 orang tersebut dijalankan bagi mengimarahkan majlis ilmu bagi mengupas isu-isu agama yang bertujuan untuk meningkatkan syariat Islam dalam hal duniawi dan ukhrawi.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.