Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Hasrat Angkat Agenda Penulisan Dan Dokumentasi

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
MAIPs Hasrat Angkat Agenda Penulisan Dan Dokumentasi

MAIPs Hasrat Angkat Agenda Penulisan Dan Dokumentasi

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 19 February 2020 11:57

Bangkok, Thailand , 19 Februari 2020 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berhasrat untuk menjadikan agenda mengangkat penulisan dan dokumentasi berkaitan dengannya sebagai keutamaan, dalam meninggalkan khazanah ilmu dan peradaban masa depan.

Usaha ke arah memperbanyakkan penulisan dan dokumentasi berkaitan MAIPs, sama ada secara salinan keras (hard-copy) atau salinan lembut (soft-copy) akan cuba diusahakan oleh MAIPs dengan bersungguh-sungguh bermula tahun ini.

Perkara tersebut telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat MAIPs Bilangan 1/2020 yang diadakan di Istana Perlis Kuala Lumpur minggu lalu.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melalui siaran media oleh MAIPs selepas berkenan menyerahkan sumbangan daripada sumber zakat MAIPs kepada salah sebuah masjid tertua di kotaraya Bangkok iaitu Masjid Chakrapong, Talat Yoti Phra Nakhon pada petang semalam.

Sumbangan tersebut yang bertujuan untuk kegunaan aktiviti dakwah, pengajian dan kemasyarakatan masjid berkenaan diserahkan kepada Pegawai Masjid, Prathueang Ritthisa-nga.

Menurut baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs, “Aspek penulisan dan dokumentasi” adalah perkara yang amat penting dalam merakamkan peradaban sesuatu bangsa. Tidak hairanlah apabila bahasa dan tulisan telah menjadi ciri utama dalam membezakan sesuatu tamadun di dunia. Bahasa Yunani dan Sanskrit sebagai contoh, selain penulisan seperti hiegrolif, cuneiform, ideogram dan piktograf telah berjaya meninggalkan peradaban tersendiri yang masih lagi dikaji sehingga ke hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berada di Bangkok selama tiga hari bagi mengetuai delegasi ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategik Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam(UA) Tahun 2020’ dan meluangkan masa untuk singgah solat zohor berjemaah di masjid tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Komandan Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera DiRaja Thailand, Leftenan Jeneral Prakarn Padavanija. 

~SUMBER MAIPs~

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE