Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sekolah Amanah Jamalullail Perlukan Kesungguhan Semua Pihak Untuk Dijayakan - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Sekolah Amanah Jamalullail Perlukan Kesungguhan Semua Pihak Untuk Dijayakan - Raja Muda Perlis

Sekolah Amanah Jamalullail Perlukan Kesungguhan Semua Pihak Untuk Dijayakan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 06 March 2020 08:02

Simpang Empat, 6 Mac 2020 -Pelaksanaan Program 'Sekolah Amanah Jamalullail’ yang digariskan dalam Pelan Agihan Holistik Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memerlukan kesungguhan semua pihak dalam menjayakannya.

Pemilihan lima buah sekolah yang terlibat bagi ‘Program Sekolah Amanah Jamalullail’ di negeri Perlis ini adalah hasil daripada pengamatan pelbagai program ’turun padang’ dan agihan manfaat kepada masyarakat yang dilaksanakan oleh pihak MAIPs selama ini.

Pemilihan SMK Sanglang dibuat bagi melestarikan ‘Program Sentuhan Kasih MAIPs-Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)’ yang menempatkan anak-anak asnaf di asrama tersebut.

Manakala, SMK Kuala Perlis dipilih untuk menyokong usaha memberikan fokus kepada kawasan persekitaran Kuala Perlis yang berpotensi menjalani proses transformasi secara menyeluruh, manakala SK Seberang Ramai dipilih sebagai ’feeder’ bagi kawasan Kuala Perlis.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 7/2020’ yang diadakan di Masjid Nurul Muttaqin, Kg Che Ok, Simpang Empat tengahari tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf Dan Hartanah Mal MAIPs, Mohd Nazri Md Rejab dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menambah bahawa MAIPs memilih SK Simpang Empat kerana terdahulu, sekolah berkenaan telah dimulakan dengan ‘Program Makanan Percuma’. Kita berhasrat melihat perubahan seimbang di kawasan berkenaan.

Begitu juga SK Batu Bertangkup yang terletak berhampiran Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup yang menjadi penempatan berkelompok program inkubator asnaf.

Turut diadakan bersempena program tersebut ialah ‘Ceramah Hijrah Minda’ oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis, pameran promosi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) serta sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid berkenaan yang disampaikan sendiri oleh Tuanku Raja Muda.

Untuk rekod, pelaksanaan ‘Program Sekolah Amanah Jamalullail’ adalah hasil kerjasama MAIPs dan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di bawah kendalian Yayasan AMIR melalui LeapED Services adalah bermatlamat bagi menambah baik hasil pembelajaran setiap pelajar agar lebih mampan melalui matlamat strategik yang memberi fokus terhadap kepimpinan sekolah, guru-guru, pelajar dan ibu bapa serta masyarakat. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE