Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berkenaan Sertai Kayuhan Berbasikal Al-Karimee

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis Berkenaan Sertai Kayuhan Berbasikal Al-Karimee

Raja Muda Perlis Berkenaan Sertai Kayuhan Berbasikal Al-Karimee

/ Berita Terkini MAIPs / Saturday, 07 March 2020 09:02

Cyberjaya, 7 Mac 2020 -Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mengambil bahagian di dalam program ‘Kayuhan Berbasikal Al-Karimee Cyberjaya 2020’ berkenan berangkat singgah bagi melawat ‘Pameran Kitab-Kitab Islam Melayu Nusantara 14 Negeri dan Pattani’ yang berlangsung selama sehari suntuk di Masjid Raja Haji Fisabillillah Cyberjaya selepas mengakhiri kayuhan sejauh 19km di perkarangan masjid berkenaan pada pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid, Orang Kaya Maha Bijaya Sepang, Tengku Datuk Dr Jamaluddin Tengku Mahmud Shah Al-Haj dan Ahli Jawatankuasa, Hj Baharuddin Hasan.

Baginda diiringi dan seterusnya dipersembahkan dengan taklimat ringkas oleh pihak penganjur.

Turut hadir ialah Pengerusi Pengelola kayuhan, Datuk Abdul Karim Mustafa dan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Datuk Zulfikri Osman yang turut menyampaikan ucapan penghargaan bagi mewakili semua para peserta kayuhan tersebut.

Terdahulu, baginda serta para peserta kayuhan yang lain turut singgah di Balai Polis Cyberjaya dan disambut oleh Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dan Ketua Polis Balai Cyberjaya, ASP Sheikh Rosli Sheikh Mohd Norrani.

Dalam majlis berasingan pada malam ini pula baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri majlis resepsi perkahwinan anakanda kepada bekas bintang bolasepak ‘Harimau Malaya’ kebangsaan dan juga ‘Singa Utara’ negeri Perlis Bakri Ibni dan isteri, Tengku Farah Tengku Datuk Setia Mohd Yusof Shah iaitu Puteri Nadhira Bakri dengan pilihan hatinya Muhammad Mu'adz Bin Kamsani di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE