Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - WCWC2020 Sasar Jadi Antara Penganjuran Terbaik

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
WCWC2020 Sasar Jadi Antara Penganjuran Terbaik

WCWC2020 Sasar Jadi Antara Penganjuran Terbaik

/ Berita Terkini MAIPs / Sunday, 08 March 2020 09:09

Pauh Putra, 8 Mac 2020 - Penganjuran Kejohanan Piala Dunia Woodball 2020 (WCWC2020) di Perlis pada 24 hingga 30 Julai nanti diharap akan menjadi antara yang terbaik.

Adalah dirasakan Perlis sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyambut delegasi daripada kira-kira 20 buah negara termasuklah negara jiran kita Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Uganda dan Hong Kong mengambil bahagian. Dijangkakan lebih 3,000 orang akan turut serta menjayakan kejohanan tersebut.

Didoakan juga semoga isu virus Corona atau Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini akan segera diatasi supaya para peserta dapat datang beramai-ramai ke negeri Perlis.

Pada masa yang sama, diharap agar WCWC 2020 ini dapat dimasukkan ke dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) dan aspek promosi terus diperhebatkan lagi supaya masyarakat sedar akan penganjuran yang bakal diadakan ini.

Pada masa yang sama, orang ramai diajak mengunjungi laman Facebook rasmi kejohanan WCWC2020 iaitu ‘Woodball World Cup Perlis 2020’ untuk mendapatkan sebarang maklumat dan perkembangan terkini berkaitan kejohanan ini.

Sama-samalah kita menjayakan serta mendoakan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan berjaya meletakkan nama negeri dan negara ini di tahap yang lebih membanggakan, InsyaAllah.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang di ‘Kejohanan Woodball 4 Penjuru Agensi Pendidikan Sempena The 9th Perlis World Cup Woodball Championship 2020’ dan Pelancaran Pra Kejohanan Woodball POLYCC 2020’ yang diadakan di Laman Wodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra pada petang tadi.

Program ini adalah anjuran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis selaku penganjur bersama beserta dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Perlis disambut oleh Pengarah PSSAAS, Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail dan Pengarah JPN Perlis, Hj Izmi Ismail.

Turut hadir ialah Naib Canselor (UniMAP) Prof Ir Ts R Badlishah Ahmad dan Pengarah PTSS Perlis, Abdul Malek Hassan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Penaung DiRaja dan pengasas Persatuan Woodball Perlis (PWPs) berharap agar kesemua 5 venue utama yang dipilih iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Institut Pendidikan Guru (IPG) Behor Pulai, Kolej Matrikulasi Arau dan Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Kangar yang bakal digunakan semasa WCWC2020 untuk pertandingan-pertandingan yang berbeza nanti terus diselenggara dan sebarang penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa dalam memastikan segala persiapan berada dalam keadaan terbaik.

Untuk rekod, pada pertandingan sehari suntuk yang turut melibatkan 21 buah pasukan mengambil bahagian itu tadi, pasukan tuan rumah UniMAP muncul juara keseluruhan, JPN Perlis di tempat ke dua, PSSAAS ketiga dan PTSS di tangga ke empat.

Kolej Matrikulasi Perlis mengungguli Kategori Jemputan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis memenangi Kategori Pelajar, UniMAP menjuarai Kategori Staf dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis menjadi johan Kategori VIP.

Turut diadakan ialah pemeteraian tandatangan strategi di antara PSSAAS dan Kelab Woodball Metropolitan beserta PTSS dengan kelab berkenaan.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE