Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda Perlis Berangkat Sertai Larian Hari Wanita

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Puan Muda Perlis Berangkat Sertai Larian Hari Wanita

Raja Puan Muda Perlis Berangkat Sertai Larian Hari Wanita

/ Berita Terkini MAIPs / Sunday, 08 March 2020 09:12

Kangar, 8 Mac 2020 - ‘Seimbang untuk Sejahtera’ ataupun ‘Balance for Better’ adalah tema rasmi bagi Hari Wanita Antarabangsa 2020 (HW2020) bertujuan memberi inspirasi kepada wanita untuk mengimbangi komitmen dan tanggungjawab mereka dalam setiap aspek kehidupan.

Program sambutan dianjurkan pada tahun ini di negeri Perlis adalah berbeza daripada yang pernah diadakan pada tahun-tahun sebelumnya kerana Pejabat Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perlis kali ini telah menganjurkan ‘Program Lavender Fun Walk’ sejauh 5km yang bermula dan berakhir di Denai Larian Kangar, Pengkalan Asam pada petang tadi.

Tambah istimewa ialah perkenannya Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil untuk turut serta menyertai program berkenaan bersama-sama lebih daripada 300 orang peserta yang lain.

Keberangkatan tiba baginda ke aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perlis yang turut mendapat kerjasama strategik daripada Persatuan Sahabat Wanita Perlis, Persatuan Pelukis Negeri Perlis, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), National Council Of Womens Organizations (NCWO)
dan PUSPANITA Negeri Perlis itu disambut oleh Timbalan Pengarah be Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perlis, Rosnizawati Mohamad.

Ketika singgah di lokasi ‘Kangar Street Art 2.0’ sempena Program Women Art’ bagi ’ Sambutan Hari Wanita’ kali ini, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen telah turut berkenan menghabiskan lukisan yang telah diilhamkan sendiri oleh baginda bertajuk ‘Abang’ pada tahun 2002 di situ.

Tuanku Raja Puan Muda turut berkenan mengurniakan jambangan bunga kepada dua tokoh wanita sebagai simbolik Hari Wanita 2020 peringkat Negeri Perlis. Mereka yang dipilih oleh pihak penganjur pada tahun ini ialah anak jati Perlis sendiri iaitu Ketua Polis Perlis, SAC Datuk Surina Saad dan juga Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah

Menurut Rosnizawati, penganjuran program kali ini diharap dapat mengangkat harapan golongan wanita dan mendaya upaya peranan semua pihak dalam aspek ‘gender mainstreaming’ serta menghapuskan sebarang diskriminasi gender agar pembangunan dan potensi wanita di negara ini dapat ditingkatkan seterusnya menjadi medium menyebarluaskan inisiatif pencapaian Dasar Wanita Negara.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE