Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Era Masa Teknologi Masa Kini Tuntut Perubahan Cepat - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Era Masa Teknologi Masa Kini Tuntut Perubahan Cepat - Raja Muda Perlis

Era Masa Teknologi Masa Kini Tuntut Perubahan Cepat - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 12 March 2020 15:29
Arau, 12 Mac 2020 - Era teknologi masa kini menuntut perubahan yang cepat dan pantas. Kita perlu bergerak seiring dengan perkembangan dan kepesatan teknologi semasa. Pembangunan industri di Malaysia juga tidak dapat lari daripada perkembangan global khususnya Revolusi Industri 4.0 di mana Teknologi Robotik, Objek Rangkaian Internet (IOT), Kepintaran Buatan (AI), Perisian, Simulasi dan Integrasi Sistem Digital, merupakan antara elemen baharu yang mula mengambil alih fungsi pekerjaan dan sistem sedia ada. Sektor industri negara perlu bergerak seiring dengan transformasi digital jika kita mahu ekonomi negara ini dapat terus kekal berdaya saing.
Bidang yang turut bergerak seiring perkembangan revolusi ini ialah Pendidikan. Antara agenda yang diberikan perhatian serius ialah ruang kerjasama antara institusi pendidikan dan teknikal serta industri.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Penutupan Pertandingan KV Skills Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5, Tahun 2020’ yang diadakan di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra Kolej Vokasional Arau (KVA) pada pagi tadi.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Kolej Vokasional Arau merangkap Pengerusi Zon Kolej Vokasional Perlis/Kedah, Mohd Jelani Yaacob serta seluruh jawatankuasa penganjur.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Adzman Talib dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Haji Izmi Ismail, 
Program ini adalah anjuran Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baginda turut mengingatkan bahawa pendidikan masa kini perlu berkisar kepada pembangunan bakat dan bidang Teknologi Baharu, Digital dan Kejuruteraan bagi mempersiapkan para pelajar untuk pasaran kerja dalam pengeluaran pintar.
Untuk rekod, pertandingan KV Skills ini dilaksanakan dengan tumpuan diberikan kepada 20 bidang kemahiran yang terdapat di Kolej Vokasional meliputi pelbagai aspek dan bidang yang diperlukan industri. Adalah diharapkan juga melalui penganjuran ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menghasilkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Bagi pertandingan kali ke 5 ini, antara para pemenang yang menerima hadiah-hadiah daripada Tuanku Raja Muda terdiri daripada ‘Anugerah Platinum’ (markah di antara 90 - 96.9%) iaitu ‘Desain Fesyen’ oleh Norazwani Mohamad dari KV Dungun dan ‘Memasak’ oleh Nurlara Sofea Zainol dari KV Kuala Selangor. Mohamad Hafis Abu Talib dari KV Kajang pula memenangi hadiah utama berupa ‘Anugerah Tangan Emas (Teknologi Automotif). 
 
~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE