Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 13 March 2020 09:12

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN SOLAT JUMAAT PADA 13 MAC 2020.

 

Setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkembangan COVID-19, serta menerima panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bagi menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan ini memutuskan agar Solat Jumaat di seluruh Negeri Perlis pada tarikh 13 Mac 2020 digantikan dengan Solat Zohor di rumah masing-masing.

Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru itu pihak Kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama hendaklah dielakkan.

Oleh hal yang demikian, Pengurusan Masjid-masjid di seluruh Negeri Perlis hendaklah mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini.

Maka dinasihatkan agar individu muslim sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

 

MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH

 

SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Raja Muda Perlis

Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis

Bertarikh : 13 Mac 2020 bersamaan 18 Rajab 1441H

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE