Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Ajak Rakyat Perlis Sertai Askar Wataniah

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis Ajak Rakyat Perlis Sertai Askar Wataniah

Raja Muda Perlis Ajak Rakyat Perlis Sertai Askar Wataniah

/ Berita Terkini MAIPs / Sunday, 15 March 2020 09:03

Padang Besar, 15 Mac 2020 - Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak rakyat menyertai pasukan sukarela Askar Wataniah bagi mencerminkan kesanggupan individu serta masyarakat untuk sama-sama memikul tanggungjawab membantu mempertahankan negara dengan berbekalkan semangat, disiplin dan juga komitmen yang ada dalam diri masing-masing sekali gus menyumbang kepada keharmornian dan kestabilan.

Semangat dan komponen jati diri seumpama itu sewajarnya dijadikan ‘warisan’ untuk semua kerana mempertahankan negara bukan hanya terletak di ‘bahu’ pihak tentera dan semata-mata, tetapi tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

Demikian titah baginda yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah selepas berkenan berangkat merasmikan “Pelancaran Latihan Askar Wataniah Bagi Tahun 2020” yang diadakan di Padang Kawad Kem Bukit Keteri, Padang Besar pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak serta para pegawai kanan rejimen.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perlis serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.

Baginda turut mengingatkan bahawa Rejimen Askar Wataniah yang “Di Latih Untuk Perang” memiliki pembangunan dan perkembangan hala tuju yang jelas. Apa yang penting adalah komitmen individu yang telah menyahut cabaran ini dengan jujur dan rela hati ingin berbakti kepada ibu pertiwi.

Tuanku Raja Muda Perlis juga menambah bahawa pada masa ini Rejimen 504 Askar Wataniah masih mempunyai banyak kekosongan anggota dan dengan menyertai pasukan ini juga para Belia dan Beliawanis bukan sahaja dapat memperolehi banyak manafaat dan ganjaran, malah melalui aktiviti dijalankan, para anggotanya akan disemai dengan semangat patriotisme, sentiasa bersiap siaga, berdisiplin sekaligus dapat menjamin keselamatan negara.

Dalam usaha menarik golongan muda, adalah diseru juga supaya semua pihak terutama Pengarah serta Ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta, berilah peluang kakitangan anda menyertai pasukan sukarela Askar Wataniah agar sama-sama membantu menyebarkan maklumat tepat, mengajak dan membawa seberapa ramai orang terlibat dalam pasukan ini, titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Di majlis tersebut para hadirin dipersembahkan dengan ‘Kawad Senyap’ yang menarik oleh seramai 18 orang anggota sukarela rejimen diketuai oleh Kapten Mohamad Faizul Mohd Yussof sebagai gimik pelancaran.

Skala program yang pada mulanya dirancang untuk diadakan secara besar-besaran bagi menarik lebih ramai rakyat negeri ini menyertai pasukan Askar Wataniah terpaksa diperkecilkan skalanya oleh pihak rejimen pada kali ini akibat perkembangan terkini Virus Corona - COVID19.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE