Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelajar Perlis Di Luar Negara Dinasihatkan Merujuk Info Kesihatan - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Pelajar Perlis Di Luar Negara Dinasihatkan Merujuk Info Kesihatan - Raja Muda Perlis

Pelajar Perlis Di Luar Negara Dinasihatkan Merujuk Info Kesihatan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sunday, 15 March 2020 09:21

Padang Besar1 15 Mac 2020 - Para pelajar Perlis yang menuntut di luar negara dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada arahan serta info rasmi pihak berkuasa kesihatan di negara yang didiami masing-masing memandangkan isu COVID-19 kini menular dan dihadapi oleh seluruh dunia.

Bagi yang belum mendaftarkan diri dengan pihak kedutaan Malaysia atau pejabat konsulat terdekat, mereka disarankan untuk berbuat demikian seberapa segera yang boleh untuk tujuan rekod dan penyelarasan oleh pihak kerajaan kita melalui Wisma Putra.

Buat masa ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa memantau keadaan pelajar-pelajar Perlis di bawah tajaan dermasiswa MAIPs berikutan penularan virus berkenaan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs selepas berkenan berangkat menyempurnakan ‘Majlis Agihan Dermasiswa MAIPs untuk Pelajar Perlis ke Timur Tengah sempena Sambutan 1 Kurun MAIPs’ yang diadakan di Surau Rejimen 504 Askar Wataniah Kem Bukit Keteri, Padang Besar pada tengahari semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Timbalan Komander rejimen berkenaan, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak.

Turut hadir ialah Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Sumbangan disampaikan kepada seramai 103 penerima pelajar Perlis ke Timur Tengah yang majoritinya menuntut di Mesir dan Jordan. Setiap pelajar menerima RM6,000 dan bergantung kepada pencapaian akademik masing-masing. Jumlah sumbangan pada majlis tersebut adalah RM570,000.

Mohd Nazim pula menambah bahawa MAIPs sedang mengambil langkah-langkah proaktif dalam membantu menyekat penularan wabak berkenaan bersama-sama dengan Jabatan Mufti Negeri Perlis dan JAIPs yang turut diselaraskan di seluruh masjid dan sekolah-sekolah agama di Negeri Perlis.

Aktiviti-aktiviti dan program di bawah penganjuran MAIPs juga dilaksanakan dalam skala sederhana dengan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk rekod, Perlis telah menjadi negeri pertama yang mengeluarkan keputusan menggantikan solat jumaat dengan solat zuhur di rumah pada jumaat 13 Mac 2020 yang lalu.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE