Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berkenan Terima Pemasyhuran Semula Sebagai Canselor KUIPs

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis Berkenan Terima Pemasyhuran Semula Sebagai Canselor KUIPs

Raja Muda Perlis Berkenan Terima Pemasyhuran Semula Sebagai Canselor KUIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Sunday, 19 April 2020 09:15

Kuala Perlis .19 April 2020 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan untuk menerima ‘Pemasyhuran Semula Sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)’ berkuatkuasa mulai 15 April 2020 hingga 14 April 2025.

Tempoh lantikan baharu yang dipersembahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Datuk Profesor Emeritus Ir. Dr. Kamaruddin Husin adalah hasil daripada keputusan Lembaga Pengarah Universiti yang telah bersetuju untuk melulus dan memperakukan keputusan Mesyuarat Senat kolej universiti berkenaan untuk tempoh selama 5 tahun bagi mematuhi keperluan peruntukan Seksyen 26 Perlembagaan Kolej Universiti Islam Perlis (2019).

Satu majlis kunjungan menghadap ke atas Tuanku Syed Faizuddin Putra bagi mempersembahkan watikah rasmi pemasyhuran berkenaan akan disempurnakan sejurus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat nanti.

KUIPs yang pengajiannya diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ialah institusi pengajian tinggi yang telah disahkan ISO 9001: 2015 dan turut menawarkan dana amanah zakat pelajar berupa bantuan sara hidup kepada yang layak.

Untuk rekod, KUIPs yang beroperasi di Kuala Perlis kini mempunyai empat fakulti iaitu Pengajian Islam, Perniagaan & Sains Pengurusan, Muamalat & Kewangan Islam serta Al Quran & As Sunnah.

Sehingga ambilan Februari 2019/2020, seramai 958 orang pelajar sedang aktif menuntut di peringkat Pusat Bahasa - EIC (36), Asasi (15), Diploma (412) dan Ijazah Sarjana Muda (495) yang mana 845 daripada mereka adalah pelajar tempatan dan 113 orang lagi ialah pelajar antarabangsa. Pelajar-pelajar antarabangsanya datang daripada 17 buah negara terdiri daripada Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Pakistan, China, Bangladesh, Filipina, India, Nigeria, Yemen, Uzbekistan, Burkina Faso, Palestin, Somalia, Cambodia dan Papua New Guinea.

Bagi yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di KUIPs yang merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui anak syarikatnya KUIPs Sdn. Bhd. dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ini bolehlah melayari https://kuips.edu.my untuk mendapatkan maklumat lanjut atau terus memohon kemasukan untuk belajar.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE