Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rukyah Di Perlis Pada 23 April – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Rukyah Di Perlis Pada 23 April – Raja Muda Perlis

Rukyah Di Perlis Pada 23 April – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 23 April 2020 08:35

Kangar, 23 April 2020 - Majlis Rukyah Hilal Awal Ramadan 1441 Hijrah bersamaan 2020 Masehi di negeri Perlis akan diadakan pada petangKhamis, 23 April 2020 bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah di Tapak Cerapan Pantai Kuala Sungai Baru, Simpang Empat. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia 2020, kaedah melihat anak bulan Ramadan pada kali ini adalah mengikut Resolusi Muzakarah Khas Kali Ke-2 Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia baru-baru ini.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, pada kali ini majlis yang diuruskan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Perlis ini tidak dibuka untuk kehadiran orang ramai seperti kebiasaan dan hanya akan melibatkan jumlah petugas yang terhad. Semua yang terlibat juga dikehendaki mematuhi segala ketetapan pencegahan (SOP) seperti menjaga jarak sosial yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara Perkara ini adalah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan COVID-19.

Pemakluman mengenai tarikh awal ramadan 1441 Hijrah akan diisytiharkan pada malam itu jua oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang ditetapkan melalui kaedah rukyah dan hisab. 

~SUMBER SUARA MERDEKA~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE