Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Zakat Fitrah Perlis RM7

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Zakat Fitrah Perlis RM7

Zakat Fitrah Perlis RM7

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 23 April 2020 13:16

Khamis, 23 April 2020 - MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar zakat fitrah di negeri itu tahun ini adalah RM7 seorang atau segantang beras nabawi bersamaan 2.5 kilogram. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, bagi rakyat yang dikategorikan tidak berkemampuan langsung dikecualikan daripada kewajipan itu.

Katanya, kelonggaran itu diberikan khusus kepada mereka yang tidak mampu untuk menyediakan juadah atau makanan pada pagi 1 Syawal atau malam sebelum sambutan Aidilfitri. “Penetapan kadar zakat ini dikeluarkan selepas muzakarah Ahli Majlis Fatwa Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 25 dan 26 Februari lalu.  “Mereka yang tidak berkemampuan seperti syarat dinyatakan dikecualikan (kewajipan zakat),” katanya pada sidang media pengumuman kadar berkenaan di Galeri Istana Arau, Perlis, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan pengumuman Kadar Zakat Fitrah bagi Tahun 2020 di Perlis.

Bagaimanapun, Mohd Nazim berkata, beliau percaya golongan terbabit tidak ramai di negeri ini memandangkan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Persekutuan sudah tampil memberikan bantuan.

“Ini sebagai tanda prihatin oleh institusi agama Islam kepada mereka yang terjejas dan terkesan dengan wabak Covid-19 ini,” katanya

Sementara itu, beliau berkata, kaedah pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan melalui beberapa kaedah termasuk dalam talian.

“Umat Islam di negeri ini boleh menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah dengan memuat turun Aplikasi ‘SnapNPay’ dan pengimbasan QR yang boleh dimuat turun dari Google Store’.

“Selain itu mereka juga boleh membuat transaksi pemindahan wang ke akaun Bank Islam MAIPs di nombor 09010010055290.

“MAIPs juga akan melantik amil dan menyediakan kaunter pembayaran untuk mengutip zakat fitrah secara pandu lalu di beberapa kawasan terpilih iaitu di Dataran Masjid Alwi, Kangar, Dataran Masjid Negeri, Arau dan Dataran Masjid Salahuddin Ayubi, Padang Besar,” katanya.

Beliau berkata, kaunter berkenaan hanya terhad pada waktu puncak iaitu antara 12 hingga 1.30 tengah hari dan antara 5 hingga 6.30 petang selain melantik amil untuk mengutip zakat di beberapa kediaman di kawasan tertentu.

~Sumber Metro Online~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE