Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tiga beradik luluh hati saksi rumah rosak akibat ribut

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Tiga beradik luluh hati saksi rumah rosak akibat ribut

Tiga beradik luluh hati saksi rumah rosak akibat ribut

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 28 April 2020 10:24

ARAU, 28 April -- Tiga beradik luluh hati apabila rumah mereka di Kampung Tebuk rosak akibat kejadian ribut dan hujan lebat melanda Perlis malam tadi.

Seorang petani, Sazali Kassim, 60, berkata beliau hanya mampu melihat bumbung rumahnya dibawa angin ketika kejadian kira-kira 4.45 petang semalam.

“Ketika kejadian, pak cik melaungkan azan dan tidak dapat menyelamatkan isteri Saodah Abdul Wahab, 57, yang terperangkap kira-kira 10 minit di bahagian dapur.

“Alhamduillah mak cik (isteri) tidak mengalami apa-apa kecederaan, bagi pak cik apa yang penting adalah keselamatan keluarga, rumah rosak boleh dibaiki,” katanya kepada pemberita di rumahnya.

Turut berkongsi pengalaman, adik Sazali iaitu Hasmina, 39, yang menetap di sebelah rumahnya berkata ketika kejadian, tiga anaknya berusia dalam lingkungan tiga hingga sembilan tahun sedang leka melukis di bawah rumah.

“Ketika itu saya berada di dapur menyediakan juadah berbuka puasa kemudian terdengar suara anak bongsu memanggil saya...tanpa berfikir panjang saya terus berlari ke bawah rumah bagi mendapatkan mereka,” kata suri rumah itu.

Sementara itu, seorang lagi adik Sazali, Mohd Sabri, 47, bersyukur kerana dia dan isterinya Nor Fazarina Shaari, 43, tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Pada mulanya saya ingat hujan biasa, namun apabila melihat atap rumah abang (Sazali) dan adik perempuan (Hasmina) dibawa angin saya mula cemas dan memanggil isteri bagi memastikan dia (isteri) selamat,” kata bapa kepada empat anak yang berkerja sebagai tukang kebun sekolah itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor yang melawat mangsa ribut berkata pihaknya dan kerajaan negeri akan mengkaji bentuk bantuan yang sesuai diberikan kepada mangsa ribut di Arau.

“Setakat ini, belum ada anggaran kerugian bagi 64 rumah yang terjejas dan penilaian akan dibuat dalam masa terdekat sebelum bantuan diagihkan bagi membantu mangsa ribut,” katanya.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE