Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Dipukul ribut ketika masak lauk berbuka

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Dipukul ribut ketika masak lauk berbuka

Dipukul ribut ketika masak lauk berbuka

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 28 April 2020 11:31

28 Apr 2020, KANGAR - Sepasang suami isteri sempat menyelamatkan diri daripada dihempap dinding rumah mereka yang ranap akibat dibadai ribut di Kampung Bongor Kudung, Sanglang, di sini, semalam ketika kedua-duanya sedang menyiapkan juadah berbuka puasa.

Ahmad Idris, 62, berkata, dia dan isterinya tiba-tiba mendengar bunyi deruan angin ketika sedang menyiapkan hidangan berbuka puasa kira-kira jam 4.45 petang dan menyelamatkan diri dengan berlari masuk ke sebuah bilik.

"Ketika kejadian, kami tengah memasak juadah untuk berbuka puasa sebelum merasa kehadiran angin masuk dalam rumah secara tiba-tiba.

"Ia berlaku sangat pantas dan sekelip mata. Apabila sedar sahaja rumah telah habis rosak dipukul ribut," katanya.

Rumah Ahmad antara tujuh rumah di Kampung Bongor Kudung, yang terjejas akibat dibadai angin kencang, semalam.

Menurutnya, mereka berdua bersyukur kerana tidak dihempap dinding rumah tersebut yang ranap ditiup angin kencang hingga menerbangkan kayu alang dan bumbung rumah.

Sementara itu, nasib sama dialami penduduk di Kampung Padang Petani, di sini, yang terletak kira-kira tiga kilometer (km) lokasi tersebut.

Fatimah Man, 51, berkata, angin bertiup kencang disusuli hujan renyai dan petir dalam kejadian ribut itu.

"Setakat ini, rumah saya telah dipukul ribut sebanyak dua kali tetapi kali ini lebih teruk berbanding tahun lepas," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, bilangan kediaman yang dilaporkan terjejas akibat ribut di Perlis setakat ini adalah sebanyak 64 rumah.

"Di pihak MAIPs, kita ada beberapa skim yang kita boleh laksanakan, antaranya skim bantuan bencana di bawah asas fakir miskin, skim hutang bencana untuk bukan fakir miskin yang terjejas teruk akibat ribut dan skim baik pulih rumah,"katanya.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE