Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RAJA MUDA PERLIS BERBASIKAL TEMUI BEKAS ANGGOTA HOMEGUARD

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

RAJA MUDA PERLIS BERBASIKAL TEMUI BEKAS ANGGOTA HOMEGUARD

/ Archive MAIPs / Thursday, 03 April 2014 00:27

KANGAR, 3 April 2014 (KHAMIS) -Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamaluillail berbasikal bagi bertemu empat bekas anggota 'homeguard' atau pengawal kampung di Kampung Kok Klang dan Paya Burma sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-207, dekat sini semalam.

Program kayuhan santai sejauh 15 kilometer itu bermula di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka dan berakhir di Pusat Koreksional Perlis.  Pada program itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) singgah di Kampung Kok Klang untuk menziarahi tiga bekas anggota homeguard yang berkhidmat pada 50-an, Che Ain Ishak, 77, Dahaman Mat, 76, dan Osman Ismail, 81, di rumah masing-masing.

Baginda kemudiannya menziarahi seorang lagi bekas anggota homeguard, Yup Yusuf, 75, di Kampung Paya Burma. Semasa kunjungan itu, baginda turut menyumbangkan zakat MAIPs sebanyak RM400 kepada setiap bekas anggota itu serta barangan keperluan. Baginda yang turut diiringi Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron dan Pengarah Pusat Koreksional Perlis Mat Johir Hashim turut singgah di pondok polis Kok Klang bagi meninjau operasi pondok itu.

Program kayuhan itu dianjurkan Pusat Koreksional Perlis dengan kerjasama MAIPs dan Kelab Berbasikal T.T.G. Perlis bermula selepas waktu Asar dan berakhir dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di surau pusat itu.

Mat Johir ketika berucap pada akhir program itu berkata penganjuran program sempena peringatan hari polis itu sebagai memperlihatkan penghargaan kepada pasukan polis selain menyahut saranan Raja Muda yang mahu masyarakat menunjukkan sokongan kepada pasukan itu.

Zull Aznam dalam ucapannya berkata program itu secara tidak langsung akan membakar semangat seluruh anggota polis untuk berkhidmat dengan cemerlang.
Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.