Soalan Lazim
Bagaimana saya boleh memohon bantuan zakat?
Tuan/Puan perlu mengenalpasti jenis bantuan yang ingin dimohon, boleh rujuk laman web untuk jenis zakat yang terdapat di MAIPs dan perlu menghantar borang bantuan di kaunter MAIPs untuk proses seterusnya.
Apakah jenis bantuan zakat yang ada di MAIPs?
Jenis bantuan zakat yang terdapat di MAIPs:
- Bantuan am/sara hidup
- Bantuan perubatan
- Bantuan program peningkatan ekonomi asnaf
- Bantuan kediaman/rumah
- Bantuan sara hidup (bulanan)
- Bantuan bencana
- Bantuan pelajaran
Apakah status permohonan bantuan zakat saya?
Status permohonan ada 7:
- Permohonan
- Cadangan
- Proses Kelulusan
- Bayaran
- KIV
- Gagal
Bilakah bayaran akan masuk ke akaun saya?
Mohon untuk membuat semakan di laman web MAIPs. Jika paparan status adalah ‘BAYARAN’, bantuan akan dikreditkan dalam tempoh empat belas hari (14) bekerja selepas tarikh baucer dikeluarkan.
Bagaimana saya boleh mendapatkan pengesahan pemastautin?
Permohonan Sijil Perakuan Pemastautin boleh diperolehi di MAIPs. Walaubagaimanapun, pemohon dikehendaki merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) terlebih dahulu sebelum memohon.
Keterangan lanjut boleh layari www.maips.gov.my
Syarat permohonan bantuan pelajaran bagi pelajar Sarjana (Master).
Syarat-syarat
Pemohon memenuhi syarat-syarat umum dan melengkapi syarat berikut :
Pemohon memenuhi syarat-syarat umum dan melengkapi syarat berikut :
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia beragama Islam dan tinggal di Perlis;
- Pusat pengajian tinggi bagi kursus yang dipohon atau yang sedang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
- Kursus yang dipohon adalah yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam;
- Telah mendapat tempat / tawaran / sepenuh masa dan tidak bekerja;
- Disahkan pendaftaran pengajian;
- Permohonan tidak melebihi tempoh 6 bulan selepas tempoh surat tawaran dikeluarkan;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Tempoh pengajian Sepenuh Masa
Saya ingin menyambung pelajaran ke peringkat PhD tetapi secara separuh masa (part time), adakah MAIPs menyediakan sebarang bantuan?
MAIPs tidak menyediakan Bantuan untuk tempoh pembelajaran secara separuh masa (part time). MAIPs hanya berikan kepada sepenuh masa sahaja.
Adakah pelajar bukan Islam boleh memohon bantuan pelajaran daripada MAIPs?
Pelajar bukan Islam tidak boleh memohon untuk menerima bantuan pelajaran daripada MAIPs.
Adakah bantuan kediaman MAIPs termasuk elektrik dan air?
Bantuan kemasukan bekalan elektrik dan air disediakan kepada fakir dan miskin sahaja.
Bagaimanakah caranya untuk saya mewakafkan tanah saya?
Permohonan wakaf hartanah boleh dikemukakan melalui Borang Hujah Wakaf yang boleh dimuat turun melalui www.maips.gov.my
Mengapakah bantuan saya masih belum diluluskan?
Bantuan Zakat Encik belum diluluskan kerana ia masih tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetap.
Berapakah kadar fidyah dan bagaimanakah cara pengiraannya?
Kadar fidyah di Negeri Perlis adalah berjumlah RM5.00 bagi satu hari puasa. Kadar itu berdasarkan satu hidangan makanan. (Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kali ke-34/2018).
Contoh pengiraan:
3 hari meninggalkan puasa:
3xRM5: RM15 kadar fidyah.
Contoh pengiraan:
3 hari meninggalkan puasa:
3xRM5: RM15 kadar fidyah.
Berapakah kadar nisab hari ini?
Nilaian nisab semasa hari ini (Bulan Oktober 2024) adalah RM 31,559.67 ( 85g ).
Kadar nilaian nisab semasa akan berubah setiap tiga (3) bulan mengikut nilaian semasa .
Nilai 1 gram
999 – RM 371.76
916 – RM 340.55
Saya ada terjumpa barang tercicir, kepada siapa boleh saya rujuk?
Harta luqatah (barang berharga yang ditemui tanpa diketahui pemiliknya) boleh dikemukakan kepada MAIPs sebagai Pemegang Amanah untuk tuntutan pemiliknya atau ditadbir urus oleh MAIPs mengikut peraturan berkuatkuasa.
Bilakah bantuan rumah saya akan mula disalurkan?
Bantuan Rumah akan mula dsalurkan selepas ia diluluskan.
Bagaimanakah untuk memohon sumbangan daripada pihak MAIPs bagi pelaksanaan program?
Memohon sumbangan kepada MAIPs, perlu membuat surat rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs dan kemukakan juga kertas kerja kepada MAIPs. Pihak pegawai akan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan kadar segera.
Saya ingin menyucikan harta saya yang tidak patuh syarak, bagaimanakah caranya?
Harta tidak patuh syara’ boleh dikemukakan kepada MAIPs melalui Tabung Baraatuzzimmah (TBAZ) untuk disucikan oleh Baitulmal MAIPs.
Berapakah jumlah bantuan yang boleh saya dapatkan, untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, diploma atau lain-lain?
Sijil/Asasi/Matrikulasi/Pra-Diploma/Program Persediaan – RM1,200.00
Diploma – RM 1,700.00
Ijazah/Master/PHD – RM 2,000.00
Ijazah Luar Negara – RM 2,500.00
Berapakah kadar fidyah yang ditetapkan oleh pihak MAIPs?
Kadar fidyah di Negeri Perlis adalah berjumlah RM5.00 bagi satu hari puasa. Kadar itu berdasarkan satu hidangan makanan. (Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kali ke-34/2018).
Contoh pengiraan :
3 hari meninggalkan puasa :
3xRM5 : RM15 kadar fidyah.
Bagaimanakah cara untuk membayar fidyah?
Kadar fidyah di Negeri Perlis adalah berjumlah RM5.00 bagi satu hari puasa. Kadar itu berdasarkan satu hidangan makanan. (Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kali ke-34/2018).
Contoh pengiraan :
3 hari meninggalkan puasa :
3xRM5 : RM15 kadar fidyah.
Bagaimanakah cara pengiraan kifarah?
Pengiraan kaffarah adalah berdasarkan jenis kesalahan yang dikenakan kaffarah seperti :
- persetubuhan di siang hari dalam bulan Ramadan : berpuasa 2 bulan berturut-turut atau jika tidak mampu memberi makan kepada 60 fakir miskin
- melanggar sumpah : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- melanggar nazar : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- Ila’ : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- Zihar : berpuasa 2 bulan berturut-turut atau jika tidak mampu memberi makan kepada 60 fakir miskin
Saya ingin membuat aduan asnaf. Bagaimanakah cara untuk memohon MAIPs untuk membuat lawatan?
Tuan boleh hubungi MAIPs di talian 049794439 dan mohon bercakap dengan Pegawai Penyelarasan Zakat (PPZ) kawasan tuan. Atau e-mel ke alamat feedback@maips.gov.my untuk membuat aduan atau temujanji dengan pegawai.
Bagaimanakah cara membuat kiraan zakat pendapatan saya?
Untuk makluman tuan/puan untuk dapatkan keterangan berkaitan zakat dan pengiraan zakat pendapatan, zakat emas, zakat tanaman, zakat perniagaan dan zakat simpanan boleh rujuk info dan membuat pengiraan (Kalkulator) terus di website https://www.maips.gov.my/ dan jika memerlukan keterangan lanjut boleh hubungi pihak MAIPs di talian 04 9794439 (Unit Kutipan) atau e-mel korporat@maips.gov.my.
Bagaimanakah cara membuat kiraan zakat emas saya?
Untuk makluman tuan/puan untuk dapatkan keterangan berkaitan zakat dan pengiraan zakat pendapatan, zakat emas, zakat tanaman, zakat perniagaan dan zakat simpanan boleh rujuk info dan membuat pengiraan (Kalkulator) terus di website https://www.maips.gov.my/ dan jika memerlukan keterangan lanjut boleh hubungi pihak MAIPs di talian 04 9794439 (Unit Kutipan) atau e-mel korporat@maips.gov.my.
Bagaimanakah cara membuat kiraan zakat tanaman saya?
Untuk makluman tuan/puan untuk dapatkan keterangan berkaitan zakat dan pengiraan zakat pendapatan, zakat emas, zakat tanaman, zakat perniagaan dan zakat simpanan boleh rujuk info dan membuat pengiraan (Kalkulator) terus di website https://www.maips.gov.my/ dan jika memerlukan keterangan lanjut boleh hubungi pihak MAIPs di talian 04 9794439 (Unit Kutipan) atau e-mel korporat@maips.gov.my.
Bagaimanakah cara membuat kiraan zakat perniagaan?
Untuk makluman tuan/puan untuk dapatkan keterangan berkaitan zakat dan pengiraan zakat pendapatan, zakat emas, zakat tanaman, zakat perniagaan dan zakat simpanan boleh rujuk info dan membuat pengiraan (Kalkulator) terus di website https://www.maips.gov.my/ dan jika memerlukan keterangan lanjut boleh hubungi pihak MAIPs di talian 04 9794439 (Unit Kutipan) atau e-mel korporat@maips.gov.my.
Bagaimana boleh saya ingin membayar sewaan premis MAIPs?
Bayaran sewa premis boleh dibuat seperti berikut :
- kaunter bayaran di MAIPs 2 ; atau
- online : https://bayaran.maips.gov.my/
Saya tidak mendaftar bagi E-Kasih, bagaimana boleh saya mohon bantuan MAIPs?
Pemohon dicadangkan untuk mendaftar E Kasih dan merujuk kepada Pegawai Penyelaras Zakat MAIPs bagi tujuan permohonan bantuan MAIPs
Bagaimanakah caranya untuk saya menyewa premis sedia ada di MAIPs?
Rujuk Unit Wakaf dan Sumber Am MAIPs atau layari https://www.maips.gov.my untuk ketahui cara permohonan.
Bagaimana untuk tahu sama ada saya benar-benar layak untuk menerima bantuan atau tidak?
Pihak MAIPs akan membuat semakan pendafataran E Kasih dan membuat pengiraan Haddul Kifayah kepada pemohon.
Bolehkah saya mendapatkan pengecualian cukai untuk potongan zakat gaji saya?
Setiap bayaran zakat boleh dikecualikan daripada cukai LHDN.
Adakah wakaf saya dikecualikan dari cukai pendapatan?
Ketika ini sumbangan wakaf melalui MAIPs masih belum mendapat insentif cukai LHDN. Walaubagaimanapun pengurusan MAIPs sedang berusaha mendapatkannya daripada LHDN.
Berapakah tempoh yang diperlukan untuk bayaran dilaksanakan?
Empat Belas (14) hari untuk proses pembayaran dibuat.
Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai kontraktor?
Pendaftaran secara dalam talian (online) melalui Sistem Pengurusan Kontraktor Bantuan :https://spkm.maips.gov.my/.
Saya masih belum mendapat kontrak rumah bantuan. Mengapa?
Pemilihan kontraktor adalah secara rawak melalui laman web https://spkm.maips.gov.my/.
Semakan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Unit Hartanah MAIPs.
Siapakah ppz @ amil di kawasan saya?
PPZ @ Amil boleh dirujuk berdasarkan lokasi rumah asnaf masing-masing.
Bolehkah back-dated bayaran zakat saya?
MAIPs tidak membenarkan Pembayar membuat back-dated.
Saya ingin mendaftar sebagai ejen zakat MAIPs, bagaimanakah caranya?
Boleh menghubungi Ketua Bahagian Zakat MAIPs ditalian 04 9794439 ( Tuan Syed Aisam ) atau menghantar surat rasmi ke alamat MAIPs atau melalui e-mel rasmi MAIPs , korporat@maips.gov.my.
Adakah MAIPs juga melantik amil di luar kawasan?
MAIPs tidak melantik amil di luar kawasan. Hanya ada amil di dalam kawasan negeri Perlis sahaja.
Adakah saya perlu membuat bayaran fidyah untuk ibu bapa saya yang telah meninggal dunia?
Adalah tanggungjawab waris untuk melunaskan hutang si mati samasa hutang dunia apatah lagi hutang akhirat mengikut kemampuan.
Rumah / kedai saya dilanda ribut, dengan siapa harus saya maklumkan bagi mendapatkan bantuan?
Pihak tuan/puan boleh membuat laporan kepada Majlis Perbandaran untuk pengumpulan data bagi tindakan selanjut.
Apakah kelayakan bagi memohon bantuan zakat?
Kelayakan bagi permohonan Bantuan Zakat ialah mesti terdiri dapada asnaf penerima iaitu
-Asnaf Fakir
-Asnaf Miskin
-Asnaf Fisabilillah
-Asnaf Fi Arriqab
-Asnaf Amilin
-Asnaf Muallaf
-Asnaf Al Gharimin
-Asnaf Ibnu Sabil
Adakah saya boleh memohon bantuan bagi menguruskan jenazah untuk asnaf?
Pihak MAIPs hanya akan menguruskan jenazah sekiranya ia terdiri dari Golongan Asnaf Fakir dan Miskin yang telah disah.
Bolehkah saya memohon bantuan di gereja?
Agama Islam telah mewujudkan Sistem Zakat sebagai satu kaedah untuk membantu 8 Asnaf Zakat. Pemohon dikalangan asnaf boleh memohon bantuan kewangan di pejabat MAIPs dan bukan di Gereja.
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan resit/penyata zakat saya?
Tuan boleh layari di laman web Penyata Zakat
Individu MAIPs: http://zakat.maips.gov.my/
Adakah saya boleh mengambil sebahagian zakat saya untuk saya agihkan sendiri kepada asnaf yang saya mahukan?
MAIPs tidak ada memberi pulangan balik@wakalah wang zakat kepada pembayar untuk diagihkn sendiri.
Adakah MAIPs menyediakan kursus perkahwinan?
Kursus pra perkahwinan adalah melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).
Adakah MAIPs ada menyediakan bantuan untuk orang bukan Islam?
Pihak MAIPs tidak menyediakan Bantuan untuk orang bukan Islam kecuali Bantuan Sumbangan Dakwah Untuk Bukan Islam (Asnaf Muallaf).
Adakah MAIPs mempunyai senarai NGO berdaftar di bawah MAIPs?
Untuk menyemak senarai NGO berdaftar tuan boleh menghubungi Pegawai Kutipan Zakat
ditalian
04 9794439.
04 9794439.
Saya telah mendapat Notis Undang-undang bagi sewaan premis MAIPs, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Penghutang / Penyewa hendaklah dalam tempoh 30 hari melunaskan segala hutang yang tertunggak sebelum tindakan dimahkamah dikenakan.
Saya adalah pelajar separuh masa di peringkat tertiari (IPT/Kolej), bolehkah saya memohon bantuan pelajaran MAIPs?
Agihan bantuan pelajaran hanya untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
Adakah MAIPs menawarkan biasiswa pelajaran di dalam dan luar negara?
Tiada biasiswa pelajaran dalam dan luar negara. Hanya biasiswa untuk pelajar di KUIPs atau dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) bagi peringkat diploma dan ijazah.
Apakah jenis wakaf yang terdapat di MAIPs?
Wakaf Hartanah dan Wakaf Tunai. Sama ada tujuan AM atau kkas.
Apakah yang dimaksudkan dengan fidyah puasa dan kafarah?
Fidyah : Denda syarak ke atas mereka yang meninggalkan puasa Ramadan. Kadar fidyah adalah RM5.00 bagi satu hari meninggalkan puasa.
Kaffarah : Denda syarak ke atas mereka yang melakukan kesalahan berdasarkan sebab-sebab seperti :
- persetubuhan di siang hari dalam bulan Ramadan : berpuasa 2 bulan berturut-turut atau jika tidak mampu memberi makan kepada 60 fakir miskin
- melanggar sumpah : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- melanggar nazar : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- Ila’ : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- Zihar : berpuasa 2 bulan berturut-turut atau jika tidak mampu memberi makan kepada 60 fakir miskin
Berapakah kiraan fidyah puasa dan kafarah?
Kadar fidyah di Negeri Perlis adalah berjumlah RM5.00 bagi satu hari puasa. Kadar itu berdasarkan satu hidangan makanan. (Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kali ke-34/2018).
Contoh pengiraan :
3 hari meninggalkan puasa :
3xRM5 : RM15 kadar fidyah.
Kiraan Kaffarah : Pengiraan kaffarah adalah berdasarkan jenis kesalahan yang dikenakan kaffarah seperti :
- persetubuhan di siang hari dalam bulan Ramadan : berpuasa 2 bulan berturut-turut atau jika tidak mampu memberi makan kepada 60 fakir miskin
- melanggar sumpah : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- melanggar nazar : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- Ila’ : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- Zihar : berpuasa 2 bulan berturut-turut atau jika tidak mampu memberi makan kepada 60 fakir miskin
Bagaimanakah untuk menyalurkan wang tidak patuh syarak?
Wang tidak patuh syarak boleh disalurkan kepada MAIPs melalui Tabung Bara’atuz Zimmah – T-BaZ di kaunter sumber am MAIPs secara tunai atau secara atas talian melalui portal https://bayaran.maips.gov.my/ atau melalui akaun Maybank : 559021602422 – sila hantar resit/slip pembayaran dan maklumat pembayar (nama, no.kad pengenalan, alamat dan no. telefon) ke e-mail korporat@maips.gov.my bagi tujuan pengeluaran resit rasmi MAIPs.
Bagaimana untuk memohon perakuan pemastautin di Perlis?
Perakuan pemastautin diberikan berdasarkan kelayakan kepada pemohon yang beralamat di luar negeri Perlis menggunakan peruntukan dan syarat sama ada seperti berikut :
- 1.1.1. Pemohon mengemukakan bukti rumah atau saksi yang mengesahkan tinggal di Negeri Perlis; atau
- 1.1.2. Pemohon mengemukakan bukti berada di Negeri Perlis berdasarkan keputusan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berkaitan maksud atau tafsiran perkataan “bermastautin” dalam Enakmen 7 (Warta No.99 tahun 2020).
- Pemohon perlu hadir ke JAIPs untuk mendapatkan borang permohonan perakuan mastautin dan pengesahan JAIPs beserta surat akaun sumpah berkanun di buat di Perlis.
- Lampirkan bersama salinan kad pengenalan pemohon dan dihantar ke MAIPs bagi tujuan pengeluaran perakuan mastautin.
- Pembayaran fi perakuan mastautin di buat di kaunter sumber am MAIPs.
Berapakah fi (yuran) peguam syarie?
Kadar fi peguam syarie perlu dirujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).
Berapakah fi (yuran) perakuan pemastautin?
Kadar fi pemastautin yang telah diwartakan adalah seperti berikut :
- Pemohon mengemukakan bukti rumah atau saksi yang mengesahkan tinggal di Negeri Perlis; atau
- Pemohon mengemukakan bukti berada di Negeri Perlis berdasarkan keputusan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berkaitan maksud atau tafsiran perkataan “bermastautin” dalam Enakmen 7 (Warta No.99 tahun 2020).
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh MAIPs?
Perkhidmatan Berkaitan Ibadah Zakat Wakaf dan Sumber Am
Bagaimanakah cara untuk saya membuat temujanji dengan Pegawai Undang-undang?
Boleh e-mel surat rasmi kepada alamat e-mel rasmi MAIPs : korporat@maips.gov.my atau hubungi MAIPs di talian : 04-9794439 untuk membuat temujanji dengan PUU.
Bagaimanakah cara untuk pihak luar/NGO/syarikat ingin mengadakan kerjasama strategik dengan MAIPs?
Mohon untuk kemukakan permohonan rasmi bersama kertas kerja kepada pihak MAIPs.
Boleh menghantar surat ke alamat MAIPs.
Bagaimanakah cara untuk saya membuat bayaran tahunan Sijil Peguam Syarie?
Permohonan dan bayaran sijil peguam syarie perlu dirujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs)
Berapakah kadar bayaran tahunan Sijil Peguam Syarie?
Permohonan dan bayaran sijil peguam syarie perlu dirujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs)
Apakah kaedah bayaran yang diterima untuk bayaran tahunan Sijil Peguam Syarie?
Bayaran boleh dibuat seperti berikut :
-
- Kaunter bayaran di MAIPs 2 ; atau
- Dalam Talian : https://bayaran.maips.gov.my/.
Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan Sijil Peguam Syarie setelah bayaran dilakukan?
Permohonan sijil peguam syarie perlu dirujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).
Saya telah mendapat Notis Tindakan Undang-undang bagi sewaan premis MAIPs, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Tindakan yang perlu saya lakukan adalah menghubungi pihak pengurusan MAIPs untuk mendapat maklumat mengenai Tindakan Notis Undang-Undang.
Bagaimanakah pihak saya selaku penyewa ingin mematikan setem bagi perjanjian sewaan premis MAIPs?
Urusan mati setem perjanjian sewaan MAIPs hendaklah diuruskan oleh penyewa di LHDN.
Bagaimana boleh saya mendaftar sebagai kontraktor bantuan rumah MAIPs?
Pendaftaran secara dalam talian (online) melalui Sistem Pengurusan Kontraktor Bantuan: https://spkm.maips.gov.my/
Bagaimana saya boleh memohon untuk bantuan perumahan kediaman MAIPs?
Bantuan Rumah MAIPs boleh dipohon melalui Amil dan Jawatankuasa MAIPs.
Saya telah mendapat bantuan perumahan, bagaimana untuk saya menyemak bila rumah saya akan siap?
Status Bantuan Bina Baru dan Pulih Rumah boleh dirujuk dengan Pekhidmat Majlis di pejabat.
Bagaimana saya ingin membuat aduan berkaitan kontraktor pembinaan rumah?
Aduan boleh disalurkan kepada Unit Hartanah MAIPs.
Bagaimana saya ingin membuat aduan berkaitan kontraktor baikpulih rumah?
Boleh membuat Aduan melalui Web MAIPs (www.maips.gov.my) atau boleh datang bertemu dengan Pekhidmat Majlis.
Kontraktor MAIPs masih tidak memulakan kerja pembaikan rumah saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Penerima Bantuan Baik Pulih Rumah boleh melaporkan kepada Amil Kariah atau lapor kepada pihak MAIPs.
Bagaimanakah saya ingin tahu berkenaan kad kahwin saya?
Perlu rujuk dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) , Unit Nikah Cerai dan Rujuk (NCR).
Apakah fungsi dan peranan MAIPs? Apakah perbezaan dengan JAIPs, Jabatan Mufti dan Jabatan Kehakiman Syariah?
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ialah sebuah badan berkanun negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu di Perlis. Fungsi dan peranannya termasuk:
Ringkasan Perbezaan Utama:
- MAIPs berfungsi sebagai badan induk dan dasar bagi pengurusan hal ehwal Islam, zakat, wakaf, sumber am dan bantuan sosial kepada umat Islam dalam Negeri Perlis.
- JAIPs melaksanakan pentadbiran Agama Islam, pengurusan nikah cerai rujuk, pengurusan halal, dakwah, dan penguatkuasaan syariah dalam masyarakat.
- Jabatan Mufti memainkan peranan dalam membuat keputusan dan panduan agama melalui fatwa dan penasihatan syariah.
- Jabatan Kehakiman Syariah ialah badan kehakiman untuk menyelesaikan kes undang-undang syariah.
- Jabatan Pendakwaan Syariah pula khusus untuk mengurus dan menjalankan pendakwaan jenayah syariah di mahkamah.
Berapa lama MAIPs mengambil masa untuk proses permohonan bantuan rumah?
Pihak MAIPs akan memulakan proses permohonan Bantuan Sebuah Rumah / Baik Pulih yang diterima pada tahun semasa pada tahun berikutnya.
Bagaimanakah untuk memohon sewaan premis atau tanah milik MAIPs?
Rujuk Unit Wakaf dan Sumber Am MAIPs atau layari https://www.maips.gov.my/ untuk ketahui cara permohonan.
Adakah premis wakaf MAIPs hanya boleh disewakan oleh asnaf sahaja?
Rujuk Unit Wakaf dan Sumber Am MAIPs atau layari https://www.maips.gov.my/ untuk ketahui cara permohonan.
Saya telah memohon sumbangan melalui emel MAIPs, bagaimana boleh saya tahu tentang status permohonan tersebut?
Hubungi MAIPs untuk pertanyaan berkaitan sumbangan tersebut atau menerusi e-mel feedback@maips.gov.my.
Adakah saya boleh memohon bantuan seandainya saya terkandas di Perlis?
Seseorang yang terkandas boleh memohon bantuan seandainya terkandas di Perlis.
Saya seorang Mualaf, bolehkah saya memohon bantuan daripada MAIPs?
Seseorang yang dikatakan Muallaf boleh memohon Bantuan Zakat daripada MAIPs.
Apakah perkhidmatan yang boleh saya dapat di ATAM?
Rujuk Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) atau https://www.facebook.com/atamsdnbhd untuk keterangan lanjut.
Bagaimana ingin memohon bantuan robok?
Roboq atau bantuan fitrah adalah melalui cadangan AJK kariah masjid sahaja.
Saya pernah menerima bantuan sebelum ini. Berapa lamakah jarak masa yang perlu saya tunggu sebelum memohon semula bantuan?
Tempoh permohonan baharu adalah selama tiga (3) bulan. Bulan keempat (4) pemohon boleh memohon semula bantuan tersebut.
Apakah bantuan yang diberikan dibawah program peningkatan ekonomi asnaf?
Membantu mereka yang ingin memulakan / memantapkan perniagaan atau membeli peralatan pertanian / perikanan / penternakan yang terdiri daripada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf.
Bagaimanakah caranya boleh saya memohon bantuan bulanan zakat?
Boleh daftar nama di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKM). Cadangan bantuan adalah dengan kerjasama JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS.
Apakah syarat permohonan untuk menjadi amil MAIPs?
Syarat untuk menjadi amil MAIPs adalah seperti berikut :
- Wajib terdiri daripada salah seorang Pegawai Masjid di kariah yang sah bawah MAIPs. Namun dibernarkan jika amil dari kalangan Ahli Jawatankuasa Kariah yang dipersetujui dengan kerelaan calon amil berkenaan.
- Mempunyai ilmu pengetahuan yang sepatutnya sebagai seorang amil.
- Sihat tubuh badan dan berkemampuan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang amil.
- Amil perlu mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan Sistem Dalam Talian (online).
- Dicadangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kariah Masjid, manakala cabutan minit mesyuarat dan borang cadangan amil kariah 2025-2026 hendaklah dihantar kepada MAIPs sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan (1 Oktober 2024).
Adakah terdapat bantuan berbentuk barang makanan?
Kit Bantuan makanan asasi kepada mereka yang terputus bekalan makanan dan boleh diperolehi di Pejabat MAIPs atau masjid berdekatan.
Mengapakah susah untuk saya menembusi talian MAIPs?
MAIPs mempunyai satu talian sahaja untuk menjawab. Akan datang, MAIPs akan mempertingkatkan lagi talian telefon.
Saya telah melarikan diri daripada rumah keluarga saya, bolehkah saya menerima bantuan daripada MAIPs?
MAIPs menyediakan Pusat Perlindungan Sementara di Rumah Wakaf Darul Muhsinin.
Keterangan lanjut boleh berhubung dengan Pertubuhan Kebajikan Lavender Perlis selaku operator Darul Muhsinin MAIPs.
Adakah MAIPs menyediakan kemudahan rumah perlindungan?
MAIPs menyediakan Pusat Perlindungan Sementara di Rumah Wakaf Darul Muhsinin.
Keterangan lanjut boleh berhubung dengan Pertubuhan Kebajikan Lavender Perlis selaku operator Darul Muhsinin MAIPs.
MAIPs ada sediakan kemudahan pengurusan jenazah?
Pengurusan Jenazah boleh dilaksanakan di Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Darul Abrar Kubang Gajah.
Apakah perbezaan di antara bantuan bulanan dengan bantuan sara hidup (one-off)?
Perbezaan Bantuan Bulanan dan Bantuan Sara Hidup adalah seperti berikut:
-Bantuan Bulanan: Agihan Sumbangan akan dibuat pada setiap bulan
-Bantuan Sara Hidup (One Off) : Agihan Sumbangan akan dibuat secara berkala berdasarkan permohonan
Adakah penerima bantuan bulanan boleh memohon bantuan sara hidup?
Secara asasnya Penerima Bantuan Bulanan tidak boleh memohon Bantuan Sara Hidup (One Off)
Jika saya bukan penerima e-kasih, adakah saya layak untuk memohon apa-apa bantuan daripada MAIPs?
Pihak tuan hendaklah merujuk kepada Pekhidmat Majlis di Kaunter Agihan Zakat
Saya ingin membuat aduan rumah bantuan saya tidak siap dan ditinggalkan oleh kontraktor, apakah yang harus saya lakukan?
Boleh buat aduan kepada Unit Hartanah secara hubungi MAIPs atau e-mel kepada pegawai di Unit tersebut.
Bagaimana cara untuk memohon latihan praktikal?
Pemohonan Latihan Industri perlu kemukakan surat permohonan untuk Latihan Industri , Resume dan borang maklum balas ke alamat pejabat MAIPs atau menerusi e-mel MAIPs korporat@maips.gov.my atau feedback@maips.gov.my.
Adakah Kolej Universiti Islam MAIPs (KUIPs) dibawah MAIPs?
KUIPs adalah IPTS di bawah MAIPs.
Adakah UMAM dibawah MAIPs?
UMAM adalah rakan strategik MAIPs dalam bidang Pendidikan tinggi.
Bagaimanakah saya boleh memohon bekerja di MAIPs?
Boleh rujuk di laman web rasmi MAIPs atau media sosial Facebook MAIPs untuk iklan-iklan jawatan kosong yang dikeluarkan oleh pihak MAIPs.
Adakah anak yatim boleh memohon bantuan MAIPs?
Anak Yatim perlu ada waris yang memohon, kerana jika bantuan sara hidup, ianya akan disalurkan melalui ketua keluarga. (Anak Yatim bukan dalam 8 Asnaf di dalam al-Quran).
Adakah ibu tunggal boleh memohon bantuan MAIPs?
Ibu tunggal atau janda boleh memohon bantuan MAIPs.
Saya tinggal dan bekerja di luar Perlis, bolehkah saya membayar zakat di Perlis?
Tuan/Puan boleh membuat bayaran Zakat di Negeri Perlis secara dalam talian atau datang ke kaunter MAIPs. Untuk secara dalam talian, tuan/puan boleh layari laman web : https://bayaran.maips.gov.my/
Adakah terdapat sebarang bantuan bagi kategori bujang?
Tiada bantuan bagi kategori bujang. Bantuan Zakat diberikan adalah kepada Golongan Asnaf yang telah ditetapkan sahaja. Boleh rujuk jenis-jenis Zakat di dalam laman web MAIPs.
Bagaimana saya ingin mendapatkan penyata bayaran zakat tahunan saya?
Tuan/Puan boleh layari laman web http://zakat.maips.gov.my/ untuk dapatkan Penyata Zakat tuan/puan.
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan bantuan perubatan?
Mohon rujuk dengan Klinik Kerja Sosial di Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Dari Klinik Kerja Sosial tersebut, baharu pihak MAIPs akan berikan bantuan kepada asnaf yang memerlukan.
Apakah syarat kelayakan untuk memohon permohonan E-Kasih dan mendaftar E-Kasih?
Tuan/Puan boleh buat semakan kelayakan di pautan laman web e-Kasih (https://www.icu.gov.my) untuk mengetahui maklumat lebih lanjut kerana e-kasih bukan di bawah kawalan pihak MAIPs.
MAIPs hanya menggunakan data e-kasih sahaja sebagai pengesahan kategori bukan miskin/miskin/miskin tegar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri atau di laman web : https://ekasih.icu.gov.my/Sokongan/Pages/SoalanLazim.aspx.
Bagaimanakah caranya jika saya ingin memohon bantuan bencana?
Kaedah Pelaksanaan :
- Pemohon mengemukakan permohonan kepada pihak pengurusan zakat Baitulmal MAIPs.
- Pihak persatuan / institusi mengemukakan cadangan Agihan.
- Pengesahan dan cadangan oleh pihak jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis adalah dirujuk.
Bagaimanakah cara untuk saya membuat temujanji dengan Pegawai Undang-Undang?
Boleh e-mel surat rasmi kepada alamat e-mel rasmi MAIPs : korporat@maips.gov.my atau hubungi MAIPs di talian : 04-9794439 untuk membuat temujanji dengan PUU.
Apakah cara untuk pihak luar/NGO/syarikat ingin mengadakan kerjasama strategik dengan MAIPs?
NGO dan Institusi Pendidikan perlu menghantar Surat Permohonan Kerjasama Strategik dengan segera untuk semakan kelulusan.
Bagaimanakah cara untuk saya membuat bayaran tahunan Sijil Peguam Syarie?
Permohonan dan Bayaran Sijil Peguam Syarie perlu dirujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).
Apakah kaedah bayaran yang diterima untuk bayaran tahunan Sijil Peguam Syarie?
Kaedah Bayaran untuk Bayaran Tahunan Sijil Peguam Syarie perlu dirujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).
Berapa lama tempoh untuk mendapatkan Sijil Peguam Syarie setelah bayaran dilakukan ?
Tempoh untuk mendapatkan Sijil Peguam Syarie perlu dirujuk dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).
Saya telah mendapat Notis Undang-Undang bagi sewaan premis MAIPs, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Notis Peringatan Pertama, Kedua dan Ketiga
Tuan/Puan perlu segera menjelaskan baki tunggakan sewaan kepada MAIPs sebelum Notis Penamatan dikeluarkan kepada pihak tuan/puan selaku penyewa di premis berkenaan.
Bayaran tunggakan tersebut boleh dijelaskan melalui portal bayaran MAIPs di pautan berikut :
ATAU
Tuan/Puan boleh datang ke Kaunter Sumber Am MAIPs untuk proses bayaran.
Notis Penamatan Tuan/Puan hendaklah datang ke Kaunter Sumber Am MAIPs untuk menjelaskan semua baki hutang tunggakan atau menandatangi Perjanjian Penyelesaian bagi semua baki tunggakan sewaan di premis berkenaan. Tuan/Puan juga boleh mengemukakan rayuan sekiranya masih berminat untuk menyewa di premis berkenaan dengan syarat segala tunggakan semasa perjanjian terdahulu dijelaskan terlebih dahulu
Notis Tunggakan Selepas Penamatan Sewaan Tuan/Puan perlu segera menjelaskan baki tunggakan sewaan setelah proses penamatan sewaan dilaksanakan kepada Tuan/Puan. Keengganan pihak Tuan/Puan menjelaskan baki bayaran tunggakan berdasarkan kepada Perjanjian Penyelesaian tersebut boleh mengakibatkan Tuan/Puan boleh diambil tindakan undang-undang dibawah Akta Penghutang 1957 [Akta 256]. Bayaran tunggakan tersebut boleh dijelaskan melalui portal bayaran MAIPs di pautan berikut : ATAU: Tuan/Puan boleh datang ke Kaunter Sumber Am MAIPs untuk proses bayaran. AMARAN Tindakan senarai hitam penyewa boleh dikenakan terhadap tuan/puan sekiranya tuan/puan enggan untuk menjelaskan baki tunggakan tersebut.

Bilakah bayaran permohonan saya akan masuk?
Tempoh bayaran akan dilaksanakan dalam tempoh empat belas hari (14).
Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk bayaran dilaksanakan?
Tempoh bayaran akan dilaksanakan dalam tempoh empat belas hari (14).
Bagaimana saya hendak memohon semula bayaran yang telah dibuat?
Pembayar boleh memohon bayaran yang telah dibuat melalui Penyediaan Surat Permohonan Rasmi kepada MAIPs.
Bagaimanakah boleh saya memohon refund?
Permohonan ‘Refund’ boleh dibuat melalui Surat Permohonan Rasmi yang dibuat kepada pihak pengurusan MAIPs.