DYMM Tuanku Raja Perlis

DYMM Tuanku Raja Perlis

dymm tuanku raja perlis

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Selangor), D.K.(Pahang), D.K. II(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De l’independence (Grand Medal of The Independence) – Cambodia, Grand Croix De l’ordre (Royal Sash) – Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad – The Finest Decoration (Syria), Knight of The Royal Order of The Seraphim (Sweden), Grand Cordon of The Order of The Sacred Treasure (Japan)

DYMM Tuanku Raja Perlis

Terukir indah dalam lipatan sejarah, keprihatinan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail memberikan khidmat dan sumbang bakti untuk Agama Islam yang mulia. Semasa menjadi Raja Muda, Baginda diamanahkan oleh Ayahandanya DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai Yang DiPertua MAIPs yang kelima (Ke-5) pada tahun 1986.

Kesungguhan DYMM Tuanku Raja yang ketika itu sebagai Yang DiPertua MAIPs mempertahankan ketinggian Agama Islam bersendikan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersesuaian Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis sentiasa dikenang dan diabadikan. Baginda sering berangkat ke majlis-majlis agama yang menjadi wadah dan wahana mengangkasakan Agama Islam.
Keteguhan dan kemantapan organisasi MAIPs, dilestarikan dengan pelantikan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sebagai Yang DiPertua MAIPs pada tanggal 14 Disember 2001.

Biografi

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943 merupakan anakanda kedua kepada Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan Almarhumah Tuanku Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail. Baginda mempunyai salasilah keluarga yang berhubung dengan Nabi Muhammad SAW dari sebelah ayahanda baginda serta mempunyai darah keturunan Sultan Pattani dari sebelah bonda baginda.

Menaiki Takhta
Pada 17 April 2000, Tuanku Syed Sirajuddin dimahsyurkan menjadi Raja Perlis Ke-7 selepas kemangkatan ayahanda baginda. Baginda merupakan Raja Perlis yang pertama dilantik selepas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis digubal pada tahun 1948. Bermula dari saat itulah, Tuanku Syed Sirajuddin menjadi payung negeri yang menaungi seluruh hal ehwal dan keberadaan rakyatnya. Bersama-sama Tuanku Tengku Fauziah sebagai Raja Perempuan Perlis, baginda berdua sentiasa kasih dan mengambil berat terhadap rakyat, pentadbiran agama Islam serta pembangunan negeri. Selain itu, baginda turut dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), serta Canselor Universiti Sains Malaysia (USM).


Dirgahayu Tuanku.
dymm tuanku raja perempuan perlis

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti AlMarhum Tengku Abdul Rashid

D.K.P., D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), Grand Croix De L’Ordre (Royal Sash) – Cambodia, Knight Of The Royal Order of The Seraphim (Sweden), The Order of The Sacred Treasure, Gold And Silver Star (Japan).

Biografi

Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid diputerakan dari hasil perkahwinan kerabat diraja dari dua negeri. Ayahanda baginda ialah Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu manakala bonda baginda ialah Tengku Putri binti Almarhum Sultan Ibrahim Petra, Sultan Kelantan.

Latar Belakang Pendidikan

Tuanku Tengku Fauziah diputerakan pada 6 Jun 1946 dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan. Baginda bersekolah di Zainab English School dan mempamerkan minat terhadap bola jaring serta persembahan pentas. Sebagai puteri berdarah diraja, baginda telah diterapkan dengan nilai-nilai murni dan tatasusila yang tinggi serta diasuh supaya sentiasa bermurah hati dengan orang lain. Di dalam hati nurani baginda, telah tersemat bahawa segala nikmat kurniaan yang diterima daripada Allah SWT tidaklah wajar untuk disimpan sendiri, sebaliknya perlu dikongsi dengan orang lain. Berpegang kepada prinsip erti hidup pada yang memberi, baginda percaya bahawa kebahagiaan akan hadir apabila kita sentiasa memberi dan memuliakan orang lain.

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada

Pada 12 Disember 2006, baginda bersama-sama Tuanku Syed Sirajuddin telah berangkat balik ke negeri Perlis setelah genap lima tahun di ibu negara. Baginda menduduki semula takhta sebagai Raja Perempuan Perlis dan bersemayam di Istana Arau sehingga sekarang. Baginda dikurniakan dengan seorang putera iaitu DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan seorang puteri iaitu YAM Dato’ Seri Datin Paduka Sharifah Fazira serta empat orang cucunda. Semoga Allah SWT melanjutkan usia Duli Tuanku.

Dirgahayu Tuanku.

Teroka Lebih Lanjut

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diputerakan di Hospital Besar Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 30 Disember 1967. Baginda merupakan anakanda sulung kepada DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Mengenai MAIPs

Pengurusan hal ehwal Islam di Perlis mempunyai sejarah yang mendalam, bermula sejak zaman pemerintahan Siam dan Inggeris. Penubuhan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) pada tahun 1920 oleh Almarhum Tuanku Syed Alwi Ibni Almarhum Syed Saffi Jamalullail merupakan langkah penting dalam perjalanan ini. Selepas Perlis menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, MAIPs distruktur semula untuk selari dengan pemerintahan negeri di bawah pimpinan Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis ke-6. Sejak itu, peranan MAlPs adalah untuk menegakkan ajaran Islam selaras dengan Perlembagaan Negeri, di mana kepimpinan Yang DiPertua memainkan peranan penting dalam kejayaannya, dari Allahyarham Haji Ahmad Bin Muhammad sehingga ke DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, dan kini, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin

Ahli Majlis

Ketahui dengan lebih mendalam tentang barisan kepimpinan tertinggi dan Ahli MAIPs.

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content