Perutusan Ketua
Pegawai Eksekutif

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Haji Mohd Noor

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif​

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وواله. أما بعد:

Selaras dengan ledakan digitalisasi global, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berusaha untuk menjadi sebuah organisasi yang sentiasa relevan dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat Islam di Perlis. MAIPs percaya bahawa kemajuan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan perkhidmatannya dapat diakses dengan mudah, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Oleh itu, pelbagai langkah telah diambil untuk meluaskan akses kepada perkhidmatan kami tanpa had masa dan lokasi.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, kami telah melancarkan Pelan Pendigitalan MAIPs yang berpaksikan kepada Inisiatif Pembangunan Amil dalam Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0. Pelan ini dirangka dengan teliti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keberkesanan pengagihan zakat, pengukuhan wakaf dan sumber am kepada golongan yang memerlukan.

Selain itu, Laman Web Rasmi MAIPs terkini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri moden. Antaranya ialah akses mudah alih dan responsif, membolehkan pengguna mengakses maklumat dan perkhidmatan kami di pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet, dan komputer serta menawarkan kemudahan pembayaran zakat, wakaf dan sumber am, permohonan bantuan, semakan status perkhidmatan secara dalam talian dan pelbagai maklumat yang diperlukan. Dengan semua ciri ini, Pelan Pendigitalan MAIPs bukan sahaja bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengurusan zakat tetapi juga untuk mengukuhkan Pelan Strategik MAIPs dalam melahirkan ekosistem perkhidmatan yang lebih dinamik, cekap, dan berimpak positif kepada masyarakat Islam di negeri Perlis.

Kami berharap dengan usaha ini, MAIPs dapat terus memenuhi aspirasi ummah dan memastikan perkhidmatannya sentiasa menjunjung tinggi Titah Perintah Ulil Amri serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

“Raja Berdaulat Rakyat Berilmu”
”Negeri Sejahtera Perlis Maju”
”Menjunjung Syiar Memaju Ummah”
”1 Kurun MAIPs (1920): Mengukuh Qiadah Mengislah Ummah”

Teroka Lebih Lanjut

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diputerakan di Hospital Besar Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 30 Disember 1967. Baginda merupakan anakanda sulung kepada DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

DYMM Tuanku Raja Perlis

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943 merupakan anakanda kedua kepada Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan Almarhumah Tuanku Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail. Baginda mempunyai salasilah keluarga yang berhubung dengan Nabi Muhammad SAW dari sebelah ayahanda baginda serta mempunyai darah keturunan Sultan Pattani dari sebelah bonda baginda.

 

Mengenai MAIPs

Pengurusan hal ehwal Islam di Perlis mempunyai sejarah yang mendalam, bermula sejak zaman pemerintahan Siam dan Inggeris. Penubuhan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) pada tahun 1920 oleh Almarhum Tuanku Syed Alwi Ibni Almarhum Syed Saffi Jamalullail merupakan langkah penting dalam perjalanan ini. Selepas Perlis menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, MAIPs distruktur semula untuk selari dengan pemerintahan negeri di bawah pimpinan Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis ke-6. Sejak itu, peranan MAlPs adalah untuk menegakkan ajaran Islam selaras dengan Perlembagaan Negeri, di mana kepimpinan Yang DiPertua memainkan peranan penting dalam kejayaannya, dari Allahyarham Haji Ahmad Bin Muhammad sehingga ke DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, dan kini, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content