Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Keselesaan Anda Adalah Keutamaan Kami

Piagam Pelanggan MAIPs menetapkan komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional kepada semua pelanggan. Kami berjanji untuk:

Perkhidmatan Pelanggan
  1. Memberi layanan mesra, berhemah dan bersopan santun kepada pelanggan dengan kadar segera setelah nombor dipanggil.
  2. Menyediakan perkhidmatan penerangan zakat/ wakaf/ dakwah dalam tempoh yang bersesuaian dari tarikh permohonan diterima.
Permohonan Bantuan dan Lain-lain
  1. Menjalankan siasatan terhadap permohonan bantuan dalam tempoh 10 hari selepas permohonan diterima.
  2. Memproses permohonan harta wakaf dalam tempoh 30 hari. 
Meluluskan Bantuan
  1. Bantuan pembinaan/ baik pulih rumah dalam tempoh tahun BERIKUTNYA bagi permohonan yang telah dipersetujui oleh pihak
jawatankuasa kariah atau pihak pemegang taruh (stakeholder).
  2. Bantuan pembinaan/ baik pulih rumah dalam tempoh 1 bulan (serta merta) bagi permohonan kerana bencana alam.
  3. Bantuan yang lain seperti sara hidup, perubatan, pelajaran dan sumbangan fisabilillah dalam tempoh 3 bulan.
Bayaran, Resit Rasmi, Penyata Bayaran dan Sijil
  1. Membuat bayaran bil-bil yang lengkap dan permohonan bantuan yang telah diluluskan dalam masa 14 hari dari tarikh bil diterima di Unit Kewangan.
  2. Mengeluarkan resit rasmi bagi terimaan wang zakat, wakaf dan sumber am pada hari yang sama.
  3. Mengeluarkan penyata bayaran zakat tahunan kepada pembayar zakat melalui potongan gaji bulanan tidak melebihi 30 hari pada tahun berikutnya.
  4. Mengeluarkan sijil wakaf kepada pewakaf dalam tempoh 7 hari dari tarikh pendaftaran hak milik harta wakaf.

Pencapaian Piagam Pelanggan

Bil

Perkara

Pencapaian

1

Memberi layanan mesra, berhemah dan bersopan santun kepada pelanggan dengan kadar segera nombor dipanggil.

100%

2

Menjalankan siasatan terhadap permohonan bantuan dalam tempoh 10 hari selepas permohonan diterima.

100%

3

Meluluskan permohonan:
  1. Bantuan pembinaan/ baik pulih rumah dalam tempoh tahun semasa bagi permohonan yang telah dipersetujui oleh pihak jawatankuasa kariah atau pihak pemegang taruh (stakeholder).
  2. Bantuan pembinaan/ baik pulih rumah dalam tempoh 1 bulan (serta merta) bagi permohonan kerana bencana alam.
  3. Bantuan yang lain seperti sara hidup, perubatan, pelajaran dan sumbangan fisabilillah dalam tempoh 3 bulan.

100%

4

Membuat bayaran bil-bil yang lengkap dan permohonan bantuan yang telah diluluskan dalam masa 14 hari dari tarikh bil diterima di Unit Kewangan.

100%

5

Mengeluarkan resit rasmi bagi terimaan wang zakat, wakaf dan sumber am pada hari yang sama.

100%

6

Mengeluarkan penyata bayaran zakat tahunan kepada pembayar zakat melalui potongan gaji bulanan tidak melebihi 30 hari pada tahun berikutnya.

100%

7

Memproses permohonan harta wakaf dalam tempoh 30 hari.

100%

8

Mengeluarkan sijil wakaf kepada pewakaf dalam tempoh 7 hari dari tarikh pendaftaran hak milik harta wakaf.

70%

9

Menyediakan perkhidmatan penerangan zakat/ wakaf/ dakwah dalam tempoh yang bersesuaian dari tarikh permohonan diterima.

100%

Bil

Perkara

Pencapaian

Bil

Perkara

Pencapaian

Bil

Perkara

Pencapaian

Bil

Perkara

Pencapaian

Teroka Lebih Lanjut

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diputerakan di Hospital Besar Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 30 Disember 1967. Baginda merupakan anakanda sulung kepada DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Titah Perutusan DYTM Tuanku Yang DiPertua

Dalam kepesatan ledakan teknologi informasi dan maklumat masa kini, MAIPs haruslah menzahirkan posisinya di tempat yang tepat, agar ia relevan dan mengikut peredaran zaman.

Mengenai MAIPs

Pengurusan hal ehwal Islam di Perlis mempunyai sejarah yang mendalam, bermula sejak zaman pemerintahan Siam dan Inggeris. Penubuhan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) pada tahun 1920 oleh Almarhum Tuanku Syed Alwi Ibni Almarhum Syed Saffi Jamalullail merupakan langkah penting dalam perjalanan ini. Selepas Perlis menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, MAIPs distruktur semula untuk selari dengan pemerintahan negeri di bawah pimpinan Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis ke-6. Sejak itu, peranan MAlPs adalah untuk menegakkan ajaran Islam selaras dengan Perlembagaan Negeri, di mana kepimpinan Yang DiPertua memainkan peranan penting dalam kejayaannya, dari Allahyarham Haji Ahmad Bin Muhammad sehingga ke DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, dan kini, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content