Subsidiari

Subsidiari​

Sejak beberapa dekad lalu, Perlis berusaha menjadi hab pendidikan terkemuka dengan moto “Perlis Negeri Ilmu.” Ini bertujuan menarik pelajar dan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi serta peningkatan komuniti sosial. Melalui konsep pendidikan wakaf institusi dan Bayt al-mal, KUIPs akan menjadi contoh Islam sederhana di Malaysia dan dunia. Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan di bawah naungan MAIPs dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis sebagai penaung utama. KUIPs menawarkan program pengajian unik untuk melahirkan individu berpengetahuan dan berakhlak mulia. Kehadiran pelajar antarabangsa menyokong globalisasi dan menyediakan bakat untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Lokasi KUIPs di segitiga emas (IMT-GT) penting untuk mencapai agenda ASEAN sejak era Tun Abdul Razak. KUIPs akan diterajui oleh tokoh terkenal dalam industri pendidikan negara. Sokongan kerajaan negeri dan hubungan rapat dengan IPTA di Perlis mewujudkan persaingan sihat dan saling melengkapi. Penubuhan KUIPs dijangka mengubah landskap pendidikan tinggi di Malaysia, khususnya di Perlis. Dengan kekuatan dan sokongan yang ada, KUIPs berpotensi menjadi IPTS yang kompetitif dan mencipta kejayaan besar untuk negara, bangsa, dan agama.

Tambahan Info:

Terkini, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengumumkan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telahpun dinaik taraf sebagai Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).


Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Canselor KUIPs bertitah, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui surat bertarikh 15 November yang lalu telah meluluskan pendaftaran KUIPs untuk dinaik taraf sebagai sebuah universiti.

Visi, Misi dan Moto

Visi

Institusi pendidikan terkemuka yang mampu bersaing di peringkat global.

Misi

Institusi pendidikan yang mengintegrasikan dan menyebarkan ilmu dan pemahaman berdasarkan al-Quran dan Sunnah ke arah melahirkan individu berasaskan intelek yang menyumbang kepada tamadun ummah.

Objektif

  1. Syumul – Pendidikan yang lengkap dan sempurna berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
  2. Taqwa – Melahirkan individu yang sentiasa memelihara agama, bangsa, dan negara ke arah keredhaan Allah SWT.
  3. Dinamik – Graduan kompetitif yang mampu menyesuaikan diri, memulakan transformasi ke arah kemajuan dan kecemerlangan dunia dan akhirat.

Pihak Kepimpinan

Ahli Lembaga Pengarah UniSIRAJ (Board of Director)
JabatanNama
PengerusiSahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Timbalan PengerusiYBhg. Dr. Nidzamuddin bin Zakaria
SetiausahaSahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
UrusetiaKhairul Anuar bin Razak
Muhammad Syazuwan bin Ahmad
AhliTuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor
Dr. Amina Josetta Ghulam Ahmad Kayani
YBhg. Dr. Mohd Azrul Azlen bin Abd Hamid
YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Mohd Ezree bin Abdullah
Encik Yuhaimi bin Yahaya
YBhg. Dr. Nidzamuddin bin Zakaria
YBhg. Dr. Wafi Nazrin bin Dr. Abdul Hamid
Lembaga Pengarah UniSIRAJ
JabatanNama
PengerusiYBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Husin
Timbalan PengerusiYBhg. Datuk Abg Salehudin Abg Sokeran
SetiausahaEn. Noor Azman bin Yusof
AhliYBhg. Dr. Mohd Azrul Azlen bin Abd Hamid
YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Mohd Ezree bin Abdullah
YBhg. Prof. Dr. Mohd Rozaimi bin Ramle
Prof. Dr. Basri bin Ibrahim
Prof. Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman@Dahalan
YBhg. Datuk Azam Shushili bin Shuib
YBhg. Prof. Dr. Azman bin Mohd Noor
Ahli Lembaga Pengarah KUIPs Holdings Sdn. Bhd.
JabatanNama
PengerusiTuan Haji Hiruddin bin Hashim
SetiausahaPendaftar KUIPs
AhliYBhg. Dato’ Ghazali bin Mat Ariff
YBhg. Dato’ Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya
YBhg. Prof. Dr. Mohd Rozaimi bin Ramle
Bendahari KUIPs

Ingin Tahu Lebih Lanjut Mengenai UniSIRAJ?

Sila layari laman web KUIPs atau hubungi kami dalam talian:

Laman Web KUIPs

kuips.edu.my/ms/

Hubungi Kami

+604-985 1150

MAIPs telah menubuhkan MAIPs Holdings Sdn. Bhd. sebagai anak syarikat MAIPs mengikut seksyen 9 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Enakmen 4) di bawah Akta Syarikat 1965 pada 15 Januari 2013. Bagi melaksanakan fungsi dan tugas kearah mentransformasikan asnaf dengan lebih perkasa, MAIPs Holdings Sdn. Bhd. ditukar nama kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd (ATAM) bagi mencapai objektif penubuhan.

Visi, Misi dan Moto

Visi

Visi ATAM Sdn Bhd ialah menjadi peneraju transformasi asnaf ke arah kelestarian ekonomi menjelang 2030.

Misi

Misi ATAM Sdn Bhd ialah membangunkan modal insan dan taraf ekonomi asnaf sehingga mampu berdikari bahkan menjadi penyumbang kepada kekuatan ekonomi ummah.

Objektif

  • Melahirkan modal insan asnaf yang seimbang dari segi sahsiah, pendidikan dan kemahiran.
  • Meningkatkan dan melestarikan keupayaan ekonomi asnaf.

Ahli Lembaga Pengarah

JabatanNama
PengerusiYBhg. Tan Sri Halim bin Saad
Timbalan PengerusiYBhg. Dato’ Wan Ariff bin Wan Hamzah
SetiausahaEncik Mohd Nazri bin Mat Rejab
UrusetiaPuan Nurfarhana binti Junaidi
Puan Noorhayati binti Ramli
BendahariPuan Nor Hayati binti Ramli
AhliYBhg. Dato’ Seri Ibrahim bin Ahmad
YBhg. Dato Amir bin Md Noor
Dato Md. Silmi bin Abd Rahman
Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor
YBhg. Dato Azman Mahmud

Ingin Tahu Lebih Lanjut Mengenai ATAM?

Sila hubungi kami dalam talian:

Hubungi Kami

012-583 4439

Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) ditubuhkan sebagai pemegang taruh amanah dan hasrat MAIPs dalam pembangunan serta gaya fikir melalui pendidikan. Ini kerana, setelah diamati dan melalui perbincangan yang panjang, MAIPs melalui Jawatankuasa Pelajar ingin mengambil peluang untuk bergabung tenaga bagi membangunkan kembali kecemerlangan pendidikan di Perlis melalui Agihan Holistik MAIPs. FCoEE juga ditempatkan di bawah penempatan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Menyahut hasrat DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra sebagai Penaung DiRaja FCoEE, FCoEE telah ditubuhkan pada bulan Disember 2021 dengan membawa nama Faizuddin Centre of Excellence sebagai jentera penggerak. Pusat ini kemudiannya dijenamakan semula pada pertengahan 2022 kepada Faizuddin Centre of Educational Excellence agar misi penubuhan lebih jelas dan terancang kepada pembangunan pendidikan di Perlis.

Visi, Misi dan Moto

Visi

Insentif Minda, Pemangkin Bangsa” dengan gagasan sebagai “Peneraju pemangkin gaya fikir kelas pertama ke arah komuniti Perlis yang lestari dan produktif berdasarkan minda, solusi dan pemikiran aras tinggi

Misi

  • Membantu sistem pendidikan melalui program sokongan dan inisiatif konsisten.
  • Menyokong kesigapan komuniti pendidikan Perlis dalam perubahan arus pendidikan perdana dan berteknologi.
  • Menggalakkan persepaduan teknik pendidikan pintar dan tradisional.
  • Menekankan konsep program pendidikan yang praktikal dan memperkasakan.
  • Melahirkan masyarakat Perlis yang berdaya saing dan tinggi kebolehpasaran.

Moto

Insentif Minda Pemangkin Bangsa

Ingin Tahu Lebih Lanjut Mengenai FCoEE?

Sila layari laman web FCoEE atau hubungi kami dalam talian:

Laman Web FCoEE

https://faizuddincoe.com/

Hubungi Kami

04-977 9828

Teroka Lebih Lanjut

Carta Organisasi

MAIPs merupakan institusi utama dalam pengurusan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri Perlis. Pengurusan MAlPs dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, yang dibantu oleh beberapa unit dan bahagian yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

Subsidiari

MAIPs merupakan institusi utama dalam pengurusan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri Perlis. Pengurusan MAlPs dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, yang dibantu oleh beberapa unit dan bahagian yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

Ahli Majlis

Ketahui dengan lebih mendalam tentang barisan kepimpinan tertinggi dan Ahli MAIPs.

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content