KANGAR, 13 April 2019 (Sabtu) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyertai program “Bendang Run 2019” sejauh enam kilometer yang bermula dan berakhir di Dataran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Jejawi di sini bersama-sama 1,200 peserta lain awal pagi tadi.
Baginda turut berkenan melepaskan kira-kira 300 peserta lain bagi kategori larian sejauh 12 kilometer.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah penganjuran larian ini amat tepat pada masanya sebagai gelanggang pemanas badan, kerana ia dilangsungkan dua minggu sebelum ‘Perlis Marathon 2019’ pada 27 April nanti.
Program tersebut adalah anjuran Kelab JPJ dan Jabatan Penyiaran Perlis bersempena sambutan ulang tahun bersama yang ke-73 kedua-dua jabatan itu.
Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar berkata, larian itu bertujuan menggalakkan budaya hidup sihat di kalangan masyarakat dan pada masa yang sama memainkan peranan kecil jabatan beliau membantu dalam menyemarakkan lagi aktiviti ‘Pelancongan Sukan’ di negeri ini.
Tarikh kemaskini: 3/6/2025