KUALA LUMPUR, 16 April 2019 (Selasa) – Sebanyak 260 produk mengambil bahagian dalam ‘The 1st International Innovation, Creativity and Technology Exhibition (i2CREATE) 2019’ yang dilangsungkan di Seri Pacific Hotel di sini baru-baru ini.
Produk-produk yang dihasilkan tersebut turut melibatkan penyertaan oleh IPT serta sekolah-sekolah menengah dan rendah dari 12 buah negara luar termasuklah Taiwan, India, Kemboja dan Indonesia.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis penutupan dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang utama.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Presiden Persatuan Penyelidikan & Inovasi Malaysia (MyRIS), Datuk Prof Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.
Turut berangkat ialah anakanda-anakanda baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail yang turut diistyharkan sebagai ‘Duta Cilik Inovasi MyRIS’ di majlis itu.

Program julung-julung kalinya diadakan sedemikian rupa ini adalah anjuran MyRIS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan World Invention Intellectual Property Association (WIIPA).

Antara pemenang anugerah utama pada pertandingan kali ini adalah ‘Smart Awareness Energy Monitoring System’ yang dihasilkan oleh UniMAP (MyRIS Grand Award), ‘Smart Eggs Incubator’ oleh SMK Datuk Razali Ismail (i2CreaTE 2019 Green Technology Award) dan ‘Voice Navigation Power Driven System For Manual Wheelchair’ oleh UTEM ((i2CreaTE 2019 Grand Award (National)’ serta Mehndi (INAI) Applier Machine dari India (i2CreaTE 2019 Grand Award (International)’.
Tarikh kemaskini: 3/6/2025