Raja Muda Perlis tinjau teknologi komunikasi radio dua hala Mal-Tel

Raja Muda Perlis tinjau teknologi komunikasi radio dua hala Mal Tel

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Mal-Tel Technology Sdn. Bhd. di Maluri, di sini, baru-baru ini.

Lawatan berkenaan memberi peluang kepada Baginda berdua meninjau perkembangan teknologi komunikasi radio dua hala yang memainkan peranan penting dalam menyokong kelancaran operasi pelbagai sektor industri, termasuk keselamatan, pembinaan dan logistik.

Turut berangkat ialah Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail serta puteri kedua Baginda berdua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Keberangkatan tiba rombongan Diraja Perlis disambut Ketua Pegawai Eksekutif Mal-Tel Communication Sdn. Bhd., Simon Yew.

Dalam sesi taklimat kepada Baginda berdua, Simon menjelaskan bahawa Mal-Tel Technology Sdn. Bhd. merupakan antara syarikat tempatan yang menyediakan penyelesaian komunikasi radio dua hala, merangkumi jualan, pembekalan dan penyewaan peralatan komunikasi bagi memenuhi keperluan pelbagai industri.

Menurut beliau, sistem komunikasi yang cekap, stabil dan boleh dipercayai amat penting khususnya dalam sektor yang memerlukan penyelarasan operasi secara pantas dan berkesan.

Antara sektor yang menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan ialah pembinaan, pengurusan acara, keselamatan, logistik serta korporat.

Mal-Tel turut menawarkan pelbagai produk komunikasi termasuk radio dua hala digital dan analog, aksesori komunikasi, sistem pengesanan berasaskan Sistem Penentududukan Global (GPS) serta Perkhidmatan Radio Digital Awam (Public Digital Radio Service).

Selain menyediakan peralatan komunikasi untuk kegunaan jangka panjang, syarikat itu turut menawarkan pakej penyewaan fleksibel bagi tempoh singkat, khususnya untuk penganjuran acara berskala besar yang memerlukan sistem komunikasi bersepadu.

Kemudahan sedemikian membolehkan penganjur acara dan pengendali operasi mendapatkan peralatan komunikasi mengikut keperluan tanpa perlu membuat pelaburan besar bagi pembelian peralatan sendiri.

Lawatan Diraja Perlis itu turut memberi pendedahan mengenai kepentingan teknologi komunikasi dalam meningkatkan kecekapan penyelarasan tugas, keselamatan serta pengurusan operasi harian.

Perkembangan teknologi radio dua hala juga dilihat terus relevan dalam era komunikasi digital, khususnya bagi sektor yang memerlukan hubungan komunikasi segera antara petugas di lapangan.

Lawatan berkenaan sekali gus memperlihatkan kepentingan mengenali keupayaan syarikat teknologi tempatan dalam menyediakan penyelesaian komunikasi yang menyokong pembangunan dan keperluan industri negara.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content