Raja Perlis berkenan rasmi program ‘Pelita Jumaat’ sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan

Raja Perlis berkenan rasmi program ‘Pelita Jumaat sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan 2

6 APRIL 2025, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan program ‘Pelita Jumaat’ sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda sebagai Raja Perlis yang berlangsung di Masjid Al-Azim, Titi Tinggi, Padang Besar.

Baginda menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Anak-anak jemaah yang hadir terutama sekali kanak-kanak teruja dan tidak melepaskan peluang untuk mengadap dan beramah mesra dengan Baginda serta mempersembahkan ucap selamat.

MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Sempena sambutan Jubli Perak yang akan tiba pada 17 April 2025 ini, setiap lapisan masyarakat di negeri ini digalakkan untuk mengambil tanggungjawab bersama dalam memastikan kebersihan premis kawasan perumahan dan tempat kerja baik awam, swasta mahupun persendirian sentiasa terpelihara dengan sebaiknya.

Rakyat negeri ini juga tidak seharusnya terlalu bergantung penuh kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau agensi berkaitan, tetapi jadikanlah ini sebagai usaha kolektif demi kesejahteraan bersama.

Bendera-bendera “Kuning-Biru” Perlis dan Jalur Gemilang di seluruh pelusuk negeri ini yang telah lusuh atau tidak lagi berada dalam keadaan baik, amat disarankan untuk digantikan dengan yang baru dan dipasang dengan sempurna sebagai tanda penghormatan dan kecintaan terhadap negeri dan negara.

Begitu juga ‘streamers’, banners dan papan-papan tanda yang sudah tamat sah laku promosinya hendaklah diturunkan dalam kadar segera untuk sama-sama kita jaga imej negeri ini sesuai dengan slogan ‘Perlis Hebat! Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Segala Tindakan’. – JM

Oleh: Sholina Osman

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.