Sekolah Terbaik Dunia

LIMA sekolah peneraju perubahan dipilih daripada 10,000 sekolah lain di negara ini untuk bertanding dalam anugerah pendidikan paling berprestij di dunia menerusi Anugerah World’s Best Schools oleh T4 Education bernilai RM1 juta.

Anugerah World Best School oleh T4 Education meraikan kisah sekolah yang mengubah kehidupan murid mereka dan membawa perubahan sebenar dalam komuniti.

Sekolah berkenaan dipilih juri yang membabitkan wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Yayasan Hasanah dan Pemimpin GSL.

Setiap sekolah berkenaan menunjukkan perubahan kepimpinan yang mantap, mentransformasikan kehidupan bukan sahaja terhadap murid, tetapi juga terhadap komuniti mereka.

Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan, Sarawak

Sebuah sekolah di kawasan luar bandar yang terdiri daripada golongan B40 akan bertanding dalam kategori Inovasi.

Ramai muridnya yang keciciran di sekolah akibat jalan yang ditenggelami air ketika banjir. Sebagai penyelesaian inovatif, sekolah ini mewujudkan Filpen Club iaitu satu program keusahawanan berasaskan filem yang mengajar murid berkenaan seni perfileman, pemasaran dan literasi kewangan, ekspresi kreatif dan kemahiran kepimpinan.

Pada masa sama, membantu mengumpulkan dana untuk membeli sebuah bot. Sekolah ini turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menerbitkan beberapa filem pendek yang mengetengahkan isu sosial.

Salah satu filem pendek mereka tercalon dalam Festival Filem Seram, Screamfest di Amerika Syarikat. Hasil daripada penjualan tiket filem pendek ini, SK Luagan mengumpul dana yang mencukupi untuk membeli sebuah bot bagi membawa murid ke sekolah.

Selain itu, pada masa hadapan, sekolah ini bercadang bekerjasama dengan syarikat penerbitan filem untuk mengetengahkan isu berkaitan cabaran di Sarawak seperti kewarganegaraan, literasi, ibu bapa tunggal, banjir dan HIV.

SK Seberang Ramai, Perlis

Sebuah sekolah di luar bandar yang mengikuti program Sekolah Amanah yang terdiri daripada golongan B40 akan bertanding dalam kategori Kolaborasi Komuniti.

Sekolah ini berhadapan masalah defisit pembelajaran kerana muridnya menghadapi kesukaran dengan pembelajaran jarak jauh ketika pandemik Covid-19.

Menerusi bantuan Jabatan Pendaftaran Negara, sekolah ini bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mewujudkan stesen pembelajaran berasaskan komuniti dalam rumah di kampung yang terbabit.

Stesen berwarna-warni ini yang dianggotai sukarelawan itu mengadakan pelbagai aktiviti termasuk kelas memasak dan bercucuk tanam, permainan tradisional dan pusat kecergasan mini.

Malah, stesen yang ceria ini mentransformasikan kampung yang terbabit kemudian menjadi tarikan pelancong untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Situasi ini membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

Menerus peningkatan kegiatan pelancongan ini, murid juga mula menghasilkan dan menjual barangan buatan sendiri seperti makanan ringan tradisional serta kraftangan yang menjana pendapatan sehingga dapat mengubah kehidupan keluarga mereka.

SK Demang Taha, Melaka

Sebuah sekolah di kawasan bandar yang terdiri daripada golongan B40 akan bertanding dalam kategori Menangani Cabaran.

Berdasarkan penilaian sekolah dan pengesanan kehadiran serta penyertaan dalam aktiviti kokurikulum tambahan, sekolah ini berhadapan kemerosotan dalam pencapaian dan motivasi murid.

Sekolah ini menghadapi cabaran besar ketika penutupan sekolah ketika pandemik Covid-19, termasuk pengasingan murid dan penurunan keyakinan diri.

Bagaimanapun, sekolah ini menggunakan pendekatan keseluruhan bagi menangani situasi itu membabitkan pemimpin sekolah, kakitangan pengajar dan kakitangan bukan pengajar, murid, ibu bapa dan keluarga.

Ia menerusi program Pembelajaran Berasaskan Projek untuk pelbagai mata pelajaran yang berjaya meningkatkan kehadiran, motivasi, harga diri, keyakinan dan pencapaian murid.

SK Seri Permai, Pulau Pinang

Sekolah ini juga terdiri daripada golongan B40 akan bertanding bagi kategori Inovasi. Murid di sekolah

ini menghadapi cabaran kesihatan dan keselamatan kerana memikul beban beg seberat 10 kilogram (kg) ke sekolah.

Meja ‘Smart and Easy (SnET) 2.0’ dengan menambah laci yang boleh dikunci di meja sekolah membantu mengurangkan beban beg dari 10kg kepada kurang dari 2.5kg.

Selain manfaat terhadap kesihatan dan keselamatan, murid mempraktikkan kreativiti dengan menyelesaikan masalah dunia sebenar melalui projek ini. Sekolah ini turut merancang untuk berkongsi ciptaan SnET 2.0 mereka dengan semua sekolah di Malaysia.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content