MAIPs Laksana Kaunter Zakat Pandu Lalu

KANGAR, 5 April- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengambil inisiatif dengan mewujudkan Kaunter Zakat Pandu Lalu.

Dua buah masjid menjadi perintis iaitu Masjid Alwi, Kangar dan Masjid Al-A’la Behor Temak yang bermula sejak 1 April lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, kaedah ini lebih mudah terutama sekali bagi mereka yang bekerja atau mempunyai urusan di luar yang tidak sempat singgah di masjid untuk membayar zakat.

Konsep ini dilihat lebih cepat, mudah dan menjimatkan masa.

Kadar zakat fitrah yang ditetapkan di Perlis untuk tahun ini kekal RM7.00.

Selain kaedah pandu lalu ini, pembayaran secara biasa kepada amil di masjid turut disediakan sepertimana kelaziman selain pembayaran secara dalam talian.

Wartawan: Wan Noor Azley

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content