SONGKHLA, 22 Ogos: Program Kayuhan Malaysia Merdeka 2026 yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menjadi platform memperkukuh ukhuwah Islamiah merentasi sempadan menerusi konsep ‘Ummatan Wahidah’ atau ‘Umat Yang Satu’. MembacaPanduan Dan Catatan Pelancongan
Program di Wilayah Songkhla, Thailand itu bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan dan membudayakan gaya hidup sihat, malah mempererat hubungan masyarakat Islam Malaysia dan Thailand.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pengisian program turut diadakan di Masjid Darun Naim, Songkhla sebagai antara lokasi persinggahan peserta kayuhan.
recommended by
Starline
Turunkan 7–12 kg dalam 30 hari — Cuba malam ini juga
Ketahui Lanjut
Rombongan berkenaan berpeluang menyantuni lebih 120 pelajar pengajian Islam hujung minggu, sekali gus menzahirkan peranan masjid sebagai pusat penyatuan fikrah, ilmu dan silaturahim merentasi sempadan negara.
Ketahui lebih lanjut
Membaca Panduan Dan Catatan Pelancongan
Mencari Panduan Bandar Dan Tempatan
Menempah Perkhidmatan Pencetakan Dokumen
Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang Dipertua MAIPs turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada Imam Masjid Darun Naim, Anan Hemsanit serta Imam Masjid Ban Dan, Don Talib Sonjaroen.
Related Articles
Ogawa pertaruh AI, biohacking menerusi Maestro untuk pemulihan harian
23 August 2026
Lebih 1,500 Komuniti Papar Diperkasa Keselamatan Dalam Talian
23 August 2026
Sumbangan berkenaan bertujuan menyokong pelaksanaan aktiviti dakwah serta membantu kelancaran kelas Fardu Ain di kedua-dua masjid berkenaan.
Turut menyertai program ialah Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail; Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi; Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Noor Azman Abdul Rahman; Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Yang Zaimey Yang Ghazali dan Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Saharuddin Sarwan serta ketua-ketua jabatan negeri.
Sebelum itu, Tuanku Raja Muda bersama peserta turut singgah melihat produk perabot kayu yang dihasilkan penghuni Songkhla Provincial Prison. MembacaPanduan Dan Catatan Pelancongan
Baginda disambut Pengarah Perkembangan dan Pembangunan Banduan penjara berkenaan, Thirasan Panthong.
Mohd Nazim berkata, program dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla itu juga menjadi kesinambungan hubungan strategik yang telah lama terjalin antara MAIPs dengan Majlis Agama Islam di Selatan Thailand, khususnya berkaitan hal ehwal Islam dan pembangunan masyarakat.
Ketahui lebih lanjut
Menguruskan Perancang Kalendar Digital
Merancang Dekorasi Acara Musim Perayaan
Islamic
Menurutnya, antara bidang kerjasama yang diberi perhatian ialah pembelajaran bahasa Melayu menerusi institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis, pengajian tulisan Jawi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pemerkasaan industri halal serta perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan hal ehwal Islam.
Program Kayuhan Malaysia Merdeka 2026 itu sekali gus menggabungkan elemen riadah, patriotisme dan dakwah selain menjadi wadah memperkukuh persaudaraan serta hubungan strategik dan kemasyarakatan antara Malaysia dengan Thailand.
Semangat kemerdekaan yang disemarakkan menerusi program itu diharap dapat diterjemahkan kepada usaha memperkasa bangsa, memperkukuh perpaduan serta membina masyarakat berilmu, sihat dan berdaya tahan.
Foto: MAIPs
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia