Pemangku Raja Perlis Sumbang Kuih Raya Kepada Petugas Keselamatan

KUALA PERLIS, 15 April- Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat mengurniakan sumbangan Kerajaan Negeri berupa kuih raya kepada pegawai dan anggota keselamatan serta para petugas di sempadan Perlis dan Thailand.

Mereka terdiri daripada 13 buah agensi Negeri dan juga Persekutuan yang akan bertugas pada hari lebaran tahun ini di majlis yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5 Jalan Kuala Perlis.

Dalam titah baginda di program yang disekalikan dengan Majlis Penutupan Jelajah Ramadan 2023 anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) tersebut, baginda mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota baik beruniform mahupun tidak yang bertugas diperbatasan sempadan negera pada Hari Raya Aidilfitri yang akan muncul tiba beberapa hari sahaja lagi.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan kepada mereka semua supaya sentiasa menjalankan tugas dan kewajipan masing-masing dengan penuh tanggungjawab, berintegriti, berpandukan peraturan dan mematuhi undang-undang.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content