Pemangku Raja Perlis Harap Generasi Muda Jadi Pemimpin Masa Depan

BALIK PULAU, 17 Ogos- Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap lebih ramai generasi muda yang berketrampilan dan mampu menjadi pemimpin yang dikagumi pada masa akan datang.

Justeru, baginda bertitah agar lebih banyak pihak dapat meneruskan program yang mampu membina dan meningkatkan lagi semangat perpaduan dan bersatupadu dalam diri serta masyarakat.

“Dalam aspek untuk memajukan Perlis, pelbagai aspek pembangunan rohani dan jasmani perlu dicapai secara seimbang dan menyeluruh meliputi aspek ekonomi, petadbiran serta sosial dipimpin oleh seseorang yang mempunyai falsafah hidup.

“Kita amat berharap supaya akan lahir lebih ramai ganerasi muda yang berketerampilan dan berupaya menjadi pemimpin yang dikagum,” titah baginda ketika berucap pada Majlis Penutup Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang Untuk Pelajar Terbaik/Cemerlang dan Pegawas Terpilih Sekolah Menengah di negeri Perlis yang dihadiri 97 peserta.

Bengkel itu anjuran bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dijalankan di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Baginda yang juga Pengerusi YTSP turut bertitah, bengkel tersebut dilaksanakan bagi melahirkan generasi kepimpinan di kalangan anak Perlis yang kompetitif dan unggul.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content