KEJADIAN hujan lebat berserta ribut yang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi menyebabkan kira-kira 40 buah rumah rosak teruk.
Suara Merdeka juga difahamkan, selain itu berlaku beberapa kejadian pokok tumbang yang merintangi jalan raya.
Pengarah Meteorologi Perlis, Mohd. Saharudi Saad berkata, kelajuan angin yang direkodkan paling kuat pada pukul 10.37 pagi ini adalah setinggi 27 knot.
Katanya, ia telah dicatatkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis.
Berikutan itu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah bertindak segera melakukan bancian ke atas penduduk kampung terlibat.
Tarikh kemaskini: 4/17/2025