ARAU: Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien selamat berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan semalam selepas berkenan menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau pada khamis malam.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berada di Lapangan Terbang Alor Setar diiringi para pembesar negeri Perlis bagi mempersembahkan ucapan selamat berangkat kepada Sultan Hasanal Bolkiah yang menerbangkan sendiri pesawat Royal Brunei Boeing 787-8 (BBJ) Dreamliner.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda pada 17 April 2025.
recommended by
Uranol
Hubungan seks 5 kali dalam satu malam? Lihat rahasia di sini
Ketahui Lanjut
Menerusi catatan di Facebook, Anwar mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Tuanku Syed Sirajuddin serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perlis dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku,” kata beliau.