ARAU 5 Jun – Lebih 5,000 orang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Istana Arau di sini hari ini.
Para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum itu tidak melepaskan peluang hadir ke majlis tahunan yang berlangsung selama tiga jam bermula dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari.
Baginda berdua serta Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat pada majlis itu.
Terdahulu baginda bersama hampir 2,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Arau di sini.
Tarikh kemaskini: 4/29/2025