Raja Perlis berkenan terima sembah menghadap PMX

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan Istana Arau
27 APRIL 2025

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kangar, hari ini.

Berkenan berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Anwar merafak sembah ucapan tahniah kepada Tuanku Syed Sirajuddin sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Baginda pada 17 April 2025 baru-baru ini.

TENTANG PELBAGAI PERKEMBANGAN

Tuanku Syed Sirajuddin dan Anwar bertukar pandangan tentang pelbagai perkembangan semasa dalam dan luar negara serta isu-isu pembangunan dan kesejahteraan melibatkan negeri Perlis dan rakyatnya khususnya dalam aspek hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri.

Perdana Menteri selepas majlis sembah menghadap tersebut pula mempunyai program padat di negeri Perlis.

Antaranya menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Negeri, menghoskan majlis Sambutan Aidilfitri Madini, serta merasmikan Tilawah Peringkat Kebangsaan di Dewan 2020 Kangar pada sebelah malam. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content