PMX tiba di Perlis untuk lawatan kerja

27 APRIL 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar tengah hari ini untuk lawatan kerja dan menghadiri beberapa agenda di Perlis sepanjang hari ini.

Beliau menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebaik tiba di Kangar.

“Saya menyembah maklum perkembangan terkini berhubung perancangan pembangunan ekonomi negeri Perlis, di samping bertukar pandangan terkait hal ehwal kesejahteraan rakyat di negeri ini yang menjadi tumpuan khusus Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam hantaran di FB.

“Penghargaan setingginya atas perkenan Tuanku menerima patik menghadap. Mendoakan keafiatan berpanjangan buat Tuanku, Insya-Allah,” tambah beliau. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content