Raja Muda Perlis lakukan pelepasan misi berbasikal Qobin, Amar Baharin ke Makkah

Oleh: Sholina Osman
29 APRIL 2025

Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin atau lebih dikenali sebagai ‘Qobin’ dan pelakon Amar Baharin memulakan misi berbasikal yang penuh bersejarah menuju Makkah, dikenali sebagai #JourneyToTanahHaram, bermula dari Padang Besar di Perlis pada Ahad lalu.

Acara pelepasan misi berbasikal ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pukul 9 pagi di Bulatan Jubli Perak Padang Besar yang merupakan satu lagi mercu tanda di Perlis yang baharu sahaja dirasmikan beberapa hari yang lalu.

Qobin dan Amar berjaya tiba dengan selamat di Hat Yai, Thailand selepas empat jam berkayuh.

Amar yang juga merupakan suami kepada pelakon dan pengacara iaitu Amyra Rosli yang berada sama di lokasi perlepasan dalam perkongsiannya turut memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengubah laluan perjalanan disebabkan oleh konflik yang berlaku di sempadan India dan Pakistan atas nasihat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

PROGRAM MAIPs PEDULI

Majlis ini berlangsung sempena program MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), di sekitar kawasan Padang Besar Utara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Tuanku Yang Dipertua MAIPs, selepas acara perlepasan tersebut menyempurnakan sumbangan yang terdiri daripada wang tunai sebanyak RM700, Kit MAIPs Peduli, serta beras fidyah, yang diberikan kepada tiga keluarga asnaf terpilih yang disantuni.

Di antara penerima sumbangan MAIPs bagi edisi kayuhan amal kali ini adalah Md Nor Hamid, 72 dari Kampung Kolam dan Mohamat Awan Abdullah, 63 dari kampung yang sama, dan Muhammad Farizal Che Pa, 35 dari Felcra Lubuk Sireh.

Raja Muda menzahirkan agar perjalanan Qobin dan Amar dilimpahi dengan keselamatan serta kejayaan, menyempurnakan perjalanan luar biasa mereka menuju ke tanah suci dengan penuh keberkatan. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content