MAIPs harus terus aktif perkasa ekonomi ummah – Raja Muda Perlis

PADANG BESAR: Sebagai sebuah institusi yang menjadi teras kepada pembangunan umat Islam, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hendaklah terus berperanan aktif dalam memperkasakan ekonomi Ummah melalui pengurusan zakat yang berkesan, pembangunan wakaf, serta program keusahawanan Islam yang mampan.

Pada masa yang sama, segala keputusan dan dasar yang telah dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat MAIPs mestilah dapat diterjemahkan ke dalam tindakan yang nyata, berimpak tinggi, serta memberi manfaat kepada masyarakat Islam di Perlis.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan MAIPs Peduli berjumlah RM105,000 yang berlangsung di Masjid Solahuddin Al-Ayubbi Padang Besar baru-baru ini.

recommended by

EMS Foot Massager
Aktifkan saraf kaki anda 15 minit sebelum tidur!
Kenapa?
Ketahui lanjut
Program ini dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi meringankan beban serta menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf berdasarkan kariah masing-masing di seluruh negeri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Tuanku Yang Dipertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan kepada 75 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Felcra Lubuk Sireh dan 75 orang lagi anak kariah Kampung Melayu.

Related Articles

Kilang tuntut Rm4.65 juta dari syarikat Fazura
5 May 2025

MAIPs perlu sedia hadapi cabaran kompleks – Raja Muda Perlis
5 May 2025
Setiap mereka menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM700, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesedaran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), serta ceramah motivasi bertajuk ‘Bangun Jiwa Asnaf’ yang disampaikan oleh pihak MAIPs.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda turut mengucapkan selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja di negeri Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content