Petani, penternak, usahawan tani wajar kuasai AI dalam operasi seharian – Raja Perlis

Oleh: Sholina Osman
4 MEI 2025

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah supaya para petani, penternak dan usahawan tani menguasai penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam melaksanakan operasi harian.

Baginda memberi contoh antaranya menggunakan pembelajaran mesin untuk pemantauan kesihatan tanaman, merumput automatik dan penyemburan pintar.

“Penggunaan jentera berkuasa AI seperti dron dan agribot juga penting bagi pengurusan yang lebih effisien, meningkatkan hasil dan kualiti
produk,” titah Baginda semasa berkenan berucap menyempurnakan Festival PERMAI (Perlis Mango and Agricultural Industry) Tahun 2025 di Dataran Bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Persiaran Wawasan, Kangar malam tadi.

Berkenan berangkat Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua Baginda berdua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

DIBERI PENJENAMAAN SEMULA

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, pada tahun 2025, penganjuran Hari
Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) dilaksanakan bersekali dengan Festival Mangga Harumanis Perlis dan telah diberi penjenamaan semula sebagai Festival PERMAI iaitu Perlis Mango and Agricultural Industry.

“Program PERMAI ini diadakan sebagai satu pengiktirafan dan
platform pemasaran produk pertanian oleh komuniti petani di Perlis untuk dikomersialkan dalam skala yang lebih besar,” titah Baginda.

Titah Baginda, peratusan hasil sumbangan pertanian kepada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) Perlis Tahun 2023 mencatatkan 17.4 peratus dan merupakan sektor kedua tertinggi selepas sektor perkhidmatan.

“Saya ingin menyarankan agar rakyat negeri ini khususnya para petani dapat meningkatkan usaha mempromosi produk-produk dan hasil pertanian supaya terus dikenali, diiktiraf dari segi kualiti serta keunikannya berbanding produk pertanian yang ada di tempat lain,” titah Baginda.

Baginda berharap agar semua pihak — petani, usahawan tani, agensi kerajaan dan swasta — akan terus berganding bahu dalam memperkukuh ekosistem pertanian,” titah Baginda. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content