Tugas perkasa wanita perlu terus diperkemas – Raja Puan Muda Perlis

KANGAR: Tugas untuk memperkasa wanita perlu secara terus menerus diperkemas serta segala bentuk diskriminasi yang menghalang penglibatan aktif mereka dalam semua bidang kehidupan perlu dihapuskan.

Golongan wanita harus sentiasa bangkit memperkasa diri sendiri dengan ilmu dan berani menghadapi pelbagai cabaran sama ada di dalam dan di luar rumah.

Ini adalah kerana walaupun kejayaan demi kejayaan dicapai, masih terdapat segelintir wanita yang terbelenggu dengan pelbagai isu termasuk stigma dan stereotaip yang mengehadkan peranan mereka dalam bidang-bidang tertentu.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen Renjer Diraja (RRD), Parida Hassan di Galeri Diraja Arau baru-baru ini.

Turut sama hadir dalam sesi tersebut ialah Pengerusi BAKAT dari pelbagai batalion RRD, termasuk Farihan Hassan (1 RRD), Harini Kassim (2 RRD), Kartini Talep (3 RRD), Zafirah Zakaria (4 RRD), Zuriati Zali (5 RRD), Noor Nikila Ahmad (6 RRD), Suhaina Mohamad (8 RRD) dan Suri Anak Kuyah (10 RRD).

Delegasi BAKAT RRD tersebut turut berpeluang melawat Galeri Diraja Arau dan sekitar Istana Arau, yang baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Santapan Diraja sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang bersejarah tersebut.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content